Seksyen 2H
of Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993
Seksyen 2H
(1)
Jika di bawah mana-mana peruntukan undang-undang sekuriti, kuasa diberikan kepada Suruhanjaya untuk membenarkan
Suruhanjaya menghendaki supaya dikemukakan, untuk menggeledah, menyita, mengambil milik, menjaga supaya tidak diganggu atau menahan mana-mana buku, Suruhanjaya boleh menghendaki supaya dikemukakan, menggeledah, menyita, mengambil milik, menjaga supaya tidak diganggu atau menahan mana-mana alat penyimpanan atau rakaman yang dalamnya buku itu disimpan atau dirakamkan.
(2)
Bagi maksud seksyen ini, Suruhanjaya boleh menghendaki mana-mana orang yang terlibat dalam penyusunan buku itu, atau dalam penyimpanan atau rakaman buku itu dalam suatu alat penyimpanan atau rakaman, untuk membuat suatu kenyataan yang memberikan penerangan tentang bagaimana untuk mendapatkan akses kepada buku itu.
24
Undang-Undang Malaysia