Skip to content

Seksyen 4A

Pelantikan anggota Lembaga

of Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993

ActIn forceProvision 13 of 47
Seksyen 4A
(1)

Seseorang yang akan dilantik sebagai Pengerusi atau

Timbalan Ketua Eksekutif di bawah seksyen 4 hendaklah seorang yang mempunyai integriti dan reputasi yang amat baik dengan pengalaman yang terbukti dan pengetahuan yang diiktiraf dalam kewangan atau pasaran modal.

(2)

Menteri, dalam melantik anggota Lembaga yang lain di bawah subseksyen 4(2), hendaklah memberi perhatian kepada—

26

Undang-Undang Malaysia

(a)

kepelbagaian anggota Lembaga dalam hal minat, pengetahuan, kemahiran dan pengalaman; dan

(b)

kejujuran dan kedudukan orang itu dan pengetahuan, kemahiran, dan pengalamannya dalam undang-undang, ekonomi, kewangan, perakaunan atau dalam mana-mana disiplin lain yang berkaitan, yang akan membolehkannya melaksanakan fungsinya sebagai anggota Lembaga.