Akta Suruhanjaya Sekuriti (Pindaan) 2011 · As enacted
13. Pindaan seksyen 31o
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Seksyen 31o Akta ibu dipinda—
dalam nota bahu, dengan menggantikan perkataan
“pendaftaran dan pembaharuan pendaftaran” dengan perkataan “pendaftaran, pembaharuan pendaftaran dan pengiktirafan”;
dengan menggantikan subseksyen (1) dengan subseksyen yang berikut:
“(1) Bagi maksud Akta ini, suatu permohonan untuk—
pendaftaran atau pembaharuan pendaftaran sebagai juruaudit berdaftar; atau
pengiktirafan sebagai juruaudit yang diiktiraf, hendaklah dibuat kepada Lembaga Pemantauan
Audit.”;
dengan menggantikan subseksyen (3) dengan subseksyen yang berikut:
“(3) Tertakluk kepada seksyen 31p, Lembaga
Pemantauan Audit boleh—
meluluskan atau menolak pendaftaran seseorang pemohon sebagai juruaudit berdaftar atau pembaharuan pendaftaran seseorang juruaudit berdaftar; atau
Undang-Undang Malaysia 12
meluluskan atau menolak pemberian pengiktirafan seseorang pemohon sebagai juruaudit yang diiktiraf.”;
dengan menggantikan subseksyen (4) dengan subseksyen yang berikut:
“(4) Lembaga Pemantauan Audit boleh, selepas—
pendaftaran seseorang pemohon sebagai juruaudit berdaftar;
pembaharuan pendaftaran seseorang juruaudit berdaftar; atau
pemberian pengiktirafan seseorang pemohon sebagai juruaudit yang diiktiraf, mengenakan apa-apa syarat yang difikirkannya perlu atau suai manfaat dan dari semasa ke semasa meminda mana-mana syarat itu atau mengenakan syarat baru atau syarat tambahan.”; dan
dalam subseksyen (5), dengan menggantikan perkataan
“pendaftaran atau pembaharuan pendaftaran,” dengan perkataan “yang dikenakan di bawah subseksyen (4),”.