Akta Suruhanjaya Sekuriti (Pindaan) 2011 · As enacted
5. Pindaan seksyen 24
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Seksyen 24 Akta ibu dipinda—
dengan menggantikan subseksyen (2) dengan subseksyen yang berikut:
“(2) Dalam hal tiap-tiap derivatif yang dilakukan di pasaran derivatif sesuatu bursa derivatif, kedua-dua orang pada setiap kedudukan bagi pesanan berhubung dengan derivatif tersebut adalah bertanggungan membayar suatu levi kepada Suruhanjaya dalam amaun yang ditentukan melalui perintah Menteri yang hendaklah
Suruhanjaya Sekuriti (Pindaan)
7
disiarkan dalam Warta; dan amaun yang berlainan boleh ditentukan berkenaan dengan jenis atau kelas derivatif yang berlainan atau golongan atau kategori orang yang berlainan berkenaan dengan derivatif.”;
dalam subseksyen (2a), dengan menggantikan perkataan
“kontrak niaga hadapan” dengan perkataan “derivatif”;
dan
dengan memotong subseksyen (6).