Akta Tabung Angkatan Tentera (Pindaan) 2017 · As enacted
3. Pindaan seksyen 3
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Seksyen 3 Akta ibu dipinda—
dalam perenggan (1)(a), dengan memasukkan selepas perkataan “(3)(a)” perkataan “, dan skim anuiti veteran bagi faedah orang yang dinyatakan di bawah perenggan (3)(aa)”;
dalam subseksyen (2)—
dengan menomborkan semula perenggan (bb)
dan (bc) sedia ada masing-masing sebagai perenggan (bc) dan (bd);
dengan memasukkan selepas perenggan (ba)
perenggan yang berikut:
“(bb) pembayaran anuiti menurut skim anuiti veteran;”; dan
dalam perenggan (bd) yang dinomborkan semula, dengan menggantikan perkataan “perenggan (bb)”
dengan perkataan “perenggan (bc)”;
dalam subseksyen (3), dengan memasukkan selepas subperenggan (a)(iii) perenggan yang berikut:
“(aa) faedah di bawah skim anuiti veteran hendaklah diberikan kepada askar-lasykar yang disebut dalam perenggan 15d(1)(a) dan pegawai yang disebut dalam perenggan 15d(1)(b); dan”; dan
dalam subseksyen (4), dengan menggantikan perkataan
“(2)(bb) dan (bc)” dengan perkataan “(2)(bc) dan (bd)”.
Tabung Angkatan Tentera (Pindaan)