Skip to content
In forceAs enactedRead it in English

7. Pindaan seksyen 12

Seksyen 12 Akta ibu dipinda—

(a)

dalam subseksyen (1), dengan menggantikan perkataan

“subseksyen” dengan perkataan “subseksyen (1a) dan”;

dan

(b)

dengan memasukkan selepas subseksyen (1) subseksyen yang berikut:

“(1a) Jika pengeluaran di bawah perenggan (1)(b) atau (c)

dibuat oleh seorang askar-lasykar yang disebut dalam perenggan 15d(1)(a) atau seorang pegawai yang disebut dalam perenggan 15d(1)(b)—

(a)

pengeluaran itu hanya terpakai bagi—

(i)

berkenaan dengan seorang askar-lasykar—

(A)

carumannya kepada Tabung dan dividen bagi tempoh caruman itu; dan

Tabung Angkatan Tentera (Pindaan)

(B)

dividen bagi pembayaran yang dibuat di bawah subseksyen 9(2)

tetapi tidak termasuk dividen bagi tahun sebaik sebelum pemberhentian askar-lasykar itu daripada perkhidmatan dengan angkatan tetap Malaysia; atau

(ii)

berkenaan dengan seorang pegawai, carumannya kepada Tabung dan dividen bagi tempoh caruman itu; dan

(b)

baki amaun yang ada pada kredit akaun askar-lasykar atau pegawai itu di bawah Akta ini hanya boleh dikeluarkan apabila askar-lasykar atau pegawai itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, mati atau dalam hal keadaan yang diluluskan oleh Lembaga.”.

Report