Skip to content
In forceUpdated to 1 Jan 2006Read it in English

Act of Parliament

Akta Timbalan yang Di-Pertuan Agong (Saraan) 1958

Feedback & supportPay for a deputy head of state or a Ruler exercising their functions

Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged

s 1Tajuk ringkas

Akta ini bolehlah dinamakan Akta Timbalan Yang di-Pertuan

Agong (Saraan) 1958.

(1)

Maka hendaklah dibayar kepada Timbalan Yang di-Pertuan

Agong atau Raja lain yang diberi kuasa oleh undang-undang untuk menjalankan fungsi Yang di-Pertuan Agong selama apa-apa tempoh semasa dia menjalankan fungsi Yang di-Pertuan Agong dan tidak menerima emolumen yang kena dibayar kepadanya sebagai Raja Negerinya sejumlah wang bulanan sebanyak lapan belas ribu ringgit:

Dengan syarat bahawa berhubung dengan seorang Raja yang disebut terdahulu yang emolumennya kena dibayar kepadanya sebagai

Raja Negerinya ialah suatu jumlah wang bulanan yang melebihi lapan belas ribu ringgit, sebutan mengenai “lapan belas ribu ringgit”

yang terdapat sebaik selepas perkataan “sejumlah wang bulanan”

hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai jumlah keseluruhan wang sebanyak lapan belas ribu ringgit dan lebihan itu.

Undang-Undang Malaysia 6

(2)

Jumlah wang bulanan yang kena dibayar di bawah subseksyen (1) hendaklah—

(a)

terakru dari hari ke hari; dan

(b)

kena dibayar pada hari terakhir setiap bulan atau pada mana-mana hari lain yang ditentukan oleh Menteri

Kewangan dari semasa ke semasa.

(3)

Sekiranya berlaku pertukaran Raja yang menjalankan fungsi

Yang di-Pertuan Agong, maka hendaklah dibuat apa-apa pelarasan dan pembahagian pembayaran bulanan yang kena dibayar di bawah subseksyen (1) mengikut kehendak hal keadaan hal itu.

(1)

Maka hendaklah dibayar kepada Penyelenggara Istana berkenaan dengan apa-apa tempoh semasa Timbalan Yang di-Pertuan

Agong atau Raja lain menjalankan fungsi Yang di-Pertuan Agong sejumlah wang bulanan sebanyak tiga ribu ringgit bagi keraian.

(2)

Jumlah wang bulanan yang kena dibayar di bawah subseksyen

(1)

hendaklah terakru dan kena dibayar mengikut cara yang sama sebagaimana jumlah wang yang kena dibayar di bawah subseksyen 2(1).

s 4Keistimewaan lain

Timbalan Yang di-Pertuan Agong atau Raja lain yang menjalankan fungsi Yang di-Pertuan Agong berhak kepada keistimewaan yang dinyatakan dalam Jadual.

Timbalan Yang Di-pertuan Agong (Saraan)

Schedules