Skip to content

Seksyen 2

of Akta Timbalan yang Di-Pertuan Agong (Saraan) 1958

ActIn forceProvision 2 of 4

Seksyen 2

(1)

Maka hendaklah dibayar kepada Timbalan Yang di-Pertuan

Agong atau Raja lain yang diberi kuasa oleh undang-undang untuk menjalankan fungsi Yang di-Pertuan Agong selama apa-apa tempoh semasa dia menjalankan fungsi Yang di-Pertuan Agong dan tidak menerima emolumen yang kena dibayar kepadanya sebagai Raja Negerinya sejumlah wang bulanan sebanyak lapan belas ribu ringgit:

Dengan syarat bahawa berhubung dengan seorang Raja yang disebut terdahulu yang emolumennya kena dibayar kepadanya sebagai

Raja Negerinya ialah suatu jumlah wang bulanan yang melebihi lapan belas ribu ringgit, sebutan mengenai “lapan belas ribu ringgit”

yang terdapat sebaik selepas perkataan “sejumlah wang bulanan”

hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai jumlah keseluruhan wang sebanyak lapan belas ribu ringgit dan lebihan itu.

Undang-Undang Malaysia 6

(2)

Jumlah wang bulanan yang kena dibayar di bawah subseksyen (1) hendaklah—

(a)

terakru dari hari ke hari; dan

(b)

kena dibayar pada hari terakhir setiap bulan atau pada mana-mana hari lain yang ditentukan oleh Menteri

Kewangan dari semasa ke semasa.

(3)

Sekiranya berlaku pertukaran Raja yang menjalankan fungsi

Yang di-Pertuan Agong, maka hendaklah dibuat apa-apa pelarasan dan pembahagian pembayaran bulanan yang kena dibayar di bawah subseksyen (1) mengikut kehendak hal keadaan hal itu.