Seksyen 1
Akta ini bolehlah dinamakan Akta Timbang Tara (Pindaan) 2018.
(2)
Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta.
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Akta Timbang Tara (Pindaan) 2018 is Malaysia Amendment Act, cited as Amendment Act A1563 2018, currently marked in force and first recorded in 2018.
1
UNDANG-UNDANG
MALAYSIA
Akta A1563
AKTA TIMBANG TARA (PINDAAN) 2018
Undang-Undang Malaysia 2
Tarikh Perkenan Diraja
...
...
29 Disember 2017
Tarikh penyiaran dalam Warta
...
10 Januari 2018
Hakcipta Pencetak H
Timbang Tara (Pindaan)
Opening note
Akta ini bolehlah dinamakan Akta Timbang Tara (Pindaan) 2018.
Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta.
Pindaan am
Akta Timbang Tara 2005 [Akta 646], yang disebut “Akta ibu”
dalam Akta ini, dipinda dengan menggantikan perkataan
“Pusat Timbang Tara Serantau Kuala Lumpur” di mana-mana jua terdapat dengan perkataan “Pusat Timbang Tara Antarabangsa
Asia (Malaysia)”.
UNDANG-UNDANG MALAYSIA
Akta A1563
AKTA TIMBANG TARA (PINDAAN) 2018
Undang-Undang Malaysia 4
Perubahan nama
Semua sebutan mengenai Pusat Timbang Tara Serantau
Kuala Lumpur dalam mana-mana undang-undang bertulis atau dalam apa-apa surat cara, surat ikatan, hakmilik, dokumen, bon, perjanjian atau perkiraan kerja yang wujud sebaik sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah, apabila Akta ini mula berkuat kuasa, ditafsirkan sebagai sebutan mengenai Pusat Timbang
Tara Antarabangsa Asia (Malaysia).
Semua perbuatan di bawah Akta ibu, dan kelulusan, arahan, notis, garis panduan, pekeliling, nota panduan, nota amalan, perintah, keputusan, pemberitahuan dan pengecualian, dan tindakan eksekutif lain tidak kira bagaimana jua disebut, yang telah dilakukan, diberikan atau dibuat oleh Pusat Timbang Tara
Serantau Kuala Lumpur sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah terus berkuat kuasa dan berkesan sepenuhnya, sehingga dipinda, digantikan, ditamatkan atau dibatalkan.
If one provision's text doesn't match the official source, use Suggest a fix beside that provision — it opens an editor next to the source document. For anything else — a missing amendment, a broken link, out-of-date content, or a removal request — report it here.