Malaysia legislation

Section 3

of AKTA TIMBANG TARA (PINDAAN) 2018

Seksyen 3

Undang-Undang Malaysia 4

(1)

Semua sebutan mengenai Pusat Timbang Tara Serantau

Kuala Lumpur dalam mana-mana undang-undang bertulis atau dalam apa-apa surat cara, surat ikatan, hakmilik, dokumen, bon, perjanjian atau perkiraan kerja yang wujud sebaik sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah, apabila Akta ini mula berkuat kuasa, ditafsirkan sebagai sebutan mengenai Pusat Timbang

Tara Antarabangsa Asia (Malaysia).

(2)

Semua perbuatan di bawah Akta ibu, dan kelulusan, arahan, notis, garis panduan, pekeliling, nota panduan, nota amalan, perintah, keputusan, pemberitahuan dan pengecualian, dan tindakan eksekutif lain tidak kira bagaimana jua disebut, yang telah dilakukan, diberikan atau dibuat oleh Pusat Timbang Tara

Serantau Kuala Lumpur sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah terus berkuat kuasa dan berkesan sepenuhnya, sehingga dipinda, digantikan, ditamatkan atau dibatalkan.