Akta Veteran 2012 · Updated to 1 Apr 2020 · Bahagian V
24. Kuasa untuk membuat peraturan-peraturan
Feedback & supportMenteri boleh, selepas rundingan dengan Majlis, membuat apa-apa peraturan-peraturan yang suai manfaat atau perlu bagi melaksanakan maksud Akta ini.
Veteran 17
Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), peraturan-peraturan itu boleh menetapkan mana-mana atau semua yang berikut:
kewajipan Pendaftar;
bentuk dan kandungan daftar veteran dan daftar persatuan veteran dan cara dan bentuk daftar itu hendaklah disimpan;
cara dan borang apabila suatu permohonan untuk pendaftaran hendaklah dibuat;
bentuk apa-apa perakuan atau dokumen lain yang dikehendaki di bawah Akta ini;
tatacara dalaman yang hendak diikuti berhubung dengan penyelesaian pertikaian yang diadakan di bawah Akta ini;
tatacara yang hendak diikuti berhubung dengan rayuan oleh mana-mana persatuan;
apa-apa perkara yang berkaitan dengan peruntukan bantuan kebajikan dan perubatan kepada veteran; dan
apa-apa perkara lain yang dikehendaki oleh Akta ini supaya ditetapkan atau yang perlu atau suai manfaat untuk ditetapkan bagi melaksanakan Akta ini.
18 Undang-Undang Malaysia AKTA 740