Akta Veteran 2012 · Updated to 1 Apr 2020 · Bahagian II · Penubuhan dan Fungsi Majlis Veteran Kebangsaan
4. Fungsi Majlis
Feedback & supportFungsi Majlis adalah seperti yang berikut:
merumuskan dasar utama dan pelan tindakan yang berhubungan dengan hal ehwal veteran;
menyelia pelaksanaan dasar dan pelan tindakan yang berhubungan dengan hal ehwal veteran;
menyelaraskan dan memantau pelaksanaan dasar dan pelan tindakan yang berhubungan dengan veteran dengan kementerian, agensi, badan atau organisasi kerajaan yang berkaitan dan sektor swasta;
menasihatkan dan membuat syor mengenai pembuatan mana-mana perundangan atau pindaan mana-mana perundangan sedia ada supaya dapat menjamin kebajikan dan kepentingan veteran;
menasihatkan Kerajaan mengenai isu hal ehwal veteran termasuklah perkembangan di peringkat antarabangsa;
menjadi badan pemantau bagi semua persatuan veteran di
Malaysia; dan
melaksanakan apa-apa fungsi lain sebagaimana yang diarahkan oleh Menteri bagi pelaksanaan Akta ini dengan sewajarnya.
Veteran 9
Majlis hendaklah mempunyai kuasa untuk melakukan semua perkara yang suai manfaat atau semunasabahnya perlu bagi, atau berkaitan dengan, pelaksanaan fungsinya.
Majlis hendaklah mengawal selia prosidingnya sendiri.