Seksyen 12
Kecualian dan peralihan
of Akta Wang Tak Dituntut (Pindaan) 2024
Amendment ActIn forceProvision 12 of 12
Seksyen 12
(1)
Apa-apa wang tak dituntut yang kena dibayar di sisi undang-undang kepada pemunya dan tetap tidak dibayar dalam tempoh tidak kurang daripada satu tahun selepas ia menjadi kena dibayar sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah, pada tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini, diuruskan seolah-olah
Akta ibu tidak dipinda oleh Akta ini.
(2)
Apa-apa lanjutan masa yang diberikan di bawah subseksyen 10(3) Akta ibu sebelum tarikh permulaan kuat kuasa
Akta ini hendaklah, pada tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini, diuruskan seolah-olah Akta ibu tidak dipinda oleh Akta ini.