Jadual Keempat.”.
Seksyen baharu 70a
8. Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 70
seksyen yang berikut:
“Masa bagi pematuhan kehendak di bawah Akta 70a. Jika apa-apa tindakan atau dokumen dikehendaki dalam mematuhi Akta ini dan tempoh bagi pematuhan tidak ditetapkan, masa untuk mematuhi hendaklah dalam masa tiga puluh hari dari tindakan atau dokumen itu dikehendaki supaya dipatuhi.”.
Penggantian seksyen 76
9. Akta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 76 dengan seksyen yang berikut:
“Penyampaian dokumen kepada perkongsian liabiliti terhad
76. Suatu dokumen boleh disampaikan kepada perkongsian liabiliti terhad—
(a) melalui pos atau pos berdaftar ke pejabat berdaftar yang terakhir diketahui atau tempat utama perniagaan berdaftarnya, mengikut mana-mana yang berkenaan; atau
Undang-Undang Malaysia 14
Akta A1728
(b) secara elektronik ke alamat atau nombor yang diberikan oleh perkongsian liabiliti terhad.”.
Seksyen baharu 76a
10. Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 76
seksyen yang berikut:
“Penyiaran atau iklan dalam laman sesawang 76a. Jika apa-apa maklumat dikehendaki untuk disiarkan atau diiklankan dalam suatu surat khabar di bawah Akta ini, mana-mana orang boleh, sebagai ganti kepada penyiaran atau pengiklanan maklumat itu dalam surat khabar, menyiarkan atau mengiklankan maklumat itu dalam laman sesawang Suruhanjaya dalam bentuk dan cara sebagaimana yang ditentukan oleh
Pendaftar selepas pembayaran fi yang ditetapkan.”.
Pindaan seksyen 91
11. Subseksyen 91(1) Akta ibu dipinda—
(a) dengan memasukkan selepas perenggan (a) perenggan yang berikut:
“(aa) mana-mana orang atau golongan orang yang boleh mengakses daftar pemunya benefisial atau maklumat pemunyaan benefisial, cara dan terma dan syarat untuk mengakses daftar itu;”; dan
(b) dengan memasukkan selepas perenggan (b) perenggan yang berikut:
“(ba) apa-apa perkara yang berhubungan dengan suatu perkiraan sukarela korporat, pengurusan kehakiman, penyelesaian dan penerimaan;”.
Perkongsian Liabiliti Terhad (Pindaan)
15
Jadual baharu
12. Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas Jadual Ketiga jadual yang berikut:
“Jadual Keempat
[Subseksyen 49b(4)]
JENIS BARANGAN DAN PERKHIDMATAN PERLU
1. Bekalan air
2. Bekalan elektrik
3. Bekalan gas
4. Terminal pusat jualan
5. Perisian dan perkakasan komputer
6. Maklumat, nasihat dan bantuan teknikal yang berkaitan dengan penggunaan teknologi maklumat
7. Pemprosesan dan penyimpanan data
8. Penganjur laman sesawang”.
Kecualian
13. Apa-apa penyiasatan, perbicaraan, prosiding atau tindakan yang belum selesai sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah, pada tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini, diteruskan mengikut peruntukan Akta ibu seolah-olah Akta ibu tidak dipinda oleh Akta ini.