Seksyen 6
of Akta Antiberita Tidak Benar 2018
Seksyen 6
Menjadi kewajipan bagi mana-mana orang yang mempunyai dalam milikan, jagaan atau kawalannya apa-apa penerbitan yang mengandungi berita tidak benar untuk menghapuskan penerbitan itu dengan serta-merta selepas mengetahui atau mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa penerbitan itu mengandungi berita tidak benar.
Antiberita Tidak Benar 9
(2)
Mana-mana orang yang tidak melaksanakan kewajipan di bawah subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit, dan dalam hal suatu kesalahan yang berterusan, didenda selanjutnya tidak melebihi tiga ribu ringgit bagi tiap-tiap hari selama kesalahan itu berterusan selepas sabitan.