Akta Antiberita Tidak Benar 2018 · Updated to 11 Apr 2018 · Bahagian III · Perintah bagi Penghapusan Penerbitan yang Mengandungi Berita Tidak Benar
8. Pengetepian perintah bagi penghapusan penerbitan yang mengandungi berita tidak benar
Feedback & supportTertakluk kepada subseksyen (3), orang yang terhadapnya suatu perintah di bawah seksyen 7 dibuat boleh memohon untuk mengetepikan perintah itu dalam masa empat belas hari dari tarikh perintah itu disampaikan kepadanya.
Permohonan pengetepian di bawah subseksyen (1) tidak terjumlah kepada suatu penangguhan perintah bagi penghapusan di bawah seksyen 7.
Jika suatu perintah di bawah seksyen 7 diperoleh oleh Kerajaan yang berhubungan dengan penerbitan yang mengandungi berita tidak benar yang menjejaskan atau berkemungkinan menjejaskan ketenteraman awam atau keselamatan negara, tiada permohonan boleh dibuat untuk mengetepikan perintah itu oleh orang yang terhadapnya perintah itu dibuat.
Antiberita Tidak Benar 11
Mahkamah boleh memerintahkan penghapusan penerbitan yang mengandungi berita tidak benar oleh pegawai polis atau pegawai diberi kuasa di bawah Akta Komunikasi dan
Multimedia 1998