Skip to content

Seksyen 9

Multimedia 1998

of Akta Antiberita Tidak Benar 2018

ActIn forceProvision 9 of 14
Seksyen 9
(1)

Jika orang yang terhadapnya perintah di bawah seksyen 7

dibuat tidak menghapuskan penerbitan yang mengandungi berita tidak benar itu, Mahkamah boleh, atas permohonan Pendakwa Raya membuat suatu perintah untuk mengarahkan pegawai polis atau pegawai diberi kuasa di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588], mengikut mana-mana yang berkenaan, untuk mengambil langkah-langkah yang perlu untuk menghapuskan penerbitan itu.

(2)

Permohonan di bawah subseksyen (1) hendaklah dibuat dalam borang yang ditetapkan dalam Jadual Pertama dan hendaklah disertakan dengan laporan polis dan dokumen lain yang menyokong permohonan itu.

(3)

Apabila menerima permohonan di bawah subseksyen (2)

dan selepas menimbangkan permohonan itu atau apa-apa keterangan lain, jika Mahkamah berpuas hati bahawa penerbitan yang mengandungi berita tidak benar itu sepatutnya dihapuskan,

Mahkamah boleh membuat suatu perintah dalam bentuk yang ditetapkan dalam Jadual Kedua yang menghendaki pegawai polis atau pegawai diberi kuasa di bawah Akta Komunikasi dan

Multimedia 1998 untuk mengambil langkah-langkah yang perlu untuk menguatkuasakan perintah itu.