Skip to content
In forceUpdated to 1 Dec 2011Read it in English

Act of Parliament

Asian Development Bank Act 1966

Feedback & supportMembership in and operation of a regional development bank

Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged

s 1Tajuk ringkas

Akta ini bolehlah dinamakan Akta Bank Pembangunan Asia 1966.

s 2Tafsiran

Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

“Bank” ertinya Bank Pembangunan Asia yang ditubuhkan oleh perjanjian;

“Menteri” ertinya Menteri Kewangan;

“perjanjian” ertinya perjanjian antarabangsa bagi penubuhan dan pengendalian Bank Pembangunan Asia yang ditandatangi di Manila,

Filipina pada 4 Disember 1965;

6

Undang-Undang Malaysia

“Perkara” ertinya Perkara perjanjian.

s 3Kesan daripada ratifikasi perjanjian

Sekiranya perjanjian itu diratifikasikan oleh dan bagi pihak

Kerajaan Malaysia dan perjanjian menurut Perkara 65 di dalamnya mula berkuat kuasa (sama ada sebelum, pada atau selepas ratifikasi tersebut), seksyen berikut hendaklah berkuat kuasa.

s 4Kuasa untuk memohon beli pada syer saham modal Bank

Menteri adalah dengan ini diberi kuasa untuk memohon beli bagi pihak Kerajaan Malaysia—

(a)

pada syer saham modal dibenarkan yang asal bagi Bank mengikut seksyen 1 Perkara 5 dalam apa-apa amaun yang tidak akan melebihi dua puluh (20) juta dolar Amerika

Syarikat;

(b)

jika saham modal dibenarkan yang asal bagi Bank adalah dinaikkan mengikut seksyen 2 Perkara 5, sebanyak suatu kadar kenaikan saham sebagaimana diperuntukkan dalam seksyen itu; dan

(c)

jika syer Malaysia telah dinaikkan atas permintaan

Kerajaan Malaysia mengikut seksyen 3 Perkara 5, sebanyak amaun kenaikan tersebut.

Jumlah wang yang kena dibayar kepada Bank hendaklah dipertanggungkan kepada Kumpulan Wang Disatukan

s 5Section 5

(1)

Maka hendaklah dipertanggungkan kepada Kumpulan

Wang Disatukan bagi Malaysia—

(a)

semua jumlah wang yang kena dibayar kepada Bank dengan cara mohon beli pada saham modal dibayarnya, di bawah dan mengikut cara pembayaran baginya sebagaimana diperuntukkan dalam seksyen 1 Perkara 6;

Akta Bank Pembangunan Asia 7

(b)

semua jumlah wang yang kena dibayar kepada Bank dengan cara mohon beli pada saham modal boleh dipanggilnya sebagaimana dan bila dikehendaki oleh

Bank seperti dinyatakan di bawah seksyen 5 Perkara 6;

(c)

semua jumlah wang yang kena dibayar kepada Bank dengan cara kenaikan syer saham modal bank yang dimohon beli oleh Kerajaan Malaysia mengikut seksyen 2

dan 3 Perkara 5;

(d)

semua jumlah wang yang kena dibayar kepada Bank di bawah mana-mana peruntukan lain perjanjian itu; dan

(e)

semua jumlah wang yang dikehendaki bagi penebusan mana-mana nota atau obligasi yang diwujudkan atau dikeluarkan kepada Bank di bawah seksyen 6 Akta ini.

(2)

Semua jumlah wang yang dipertanggungkan kepada

Kumpulan Wang Disatukan bagi Malaysia di bawah seksyen ini boleh dibayar dengan emas atau dolar Amerika Syarikat atau mata wang boleh tukar atau dengan mata wang Malaysia.

s 6Memperdapatkan wang dan mengeluarkan nota tidak boleh niaga dan perwujudan obligasi lain

Bagi maksud memperuntukkan mana-mana jumlah wang yang dipertanggungkan kepada Kumpulan Wang Disatukan bagi Malaysia di bawah seksyen 5, Menteri boleh mewujudkan suatu keluaran kepada Bank dalam apa-apa bentuk yang difikirkannya patut apa-apa nota yang tidak membawa faedah dan yang tidak boleh niaga atau lain-lain obligasi yang Bank boleh, di bawah seksyen 3 Perkara 6, tentukan untuk setuju terima sebagai ganti keseluruhan atau mana-mana bahagian jumlah wang tersebut yang, jika tidak kerana persetujuterimaan tersebut oleh Bank, kena dibayar dengan mata wang Malaysia.

8

Undang-Undang Malaysia

s 7Penerimaan

Semua jumlah wang yang diterima oleh atau bagi pihak Malaysia daripada Bank hendaklah dibayar ke dalam Kumpulan Wang

Disatukan bagi Malaysia.

(1)

Yang di-Pertuan Agong boleh melalui perintah membuat apa-apa peruntukan yang difikirkannya semunasabahnya perlu untuk menguatkuasakan perjanjian itu yang berhubungan dengan taraf, kekebalan dan keistimewaan Bank dan gabenor, pengarah eksekutif, silih ganti, pegawai dan pekerja masing-masingnya.

(2)

Tanpa menjejaskan keluasan subsekyen (1), apa-apa perintah yang dibuat di bawah subseksyen itu boleh mengisytiharkan bahawa mana-mana peruntukan tertentu perjanjian hendaklah mempunyai kuat kuasa undang-undang di Malaysia.

(3)

Apa-apa perintah yang dibuat di bawah seksyen ini boleh diubah atau dibatal oleh perintah yang kemudian.

(4)

Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh ditafsirkan sebagai menghadkan kuasa Yang di-Pertuan Agong di bawah sekyen 4

*Ordinan Keistimewaan Diplomatik dan Konsular 1957 [Ord.

tahun 1957], untuk mengisytiharkan Bank sebagai suatu organisasi seperti yang disebut dalam subseksyen (1) seksyen itu atau mana-mana kuasa Yang di-Pertuan Agong di bawah Ordinan itu untuk memberi kepada Bank atau pegawai atau pekhidmatnya atau kepada mana-mana orang lain yang berkaitan dengannya mana-mana kekebalan atau keistimewaan yang tidak dinyatakan dalam perjanjian.

________________________________

_______________________________________________________

*CATATAN— Ordinan Keistimewaan Diplomatik dan Konsular 1957[Ord. 53/1957], telah dimansuhkan oleh Akta Keistimewaan Diplomatik (Konvensyen Vienna) (Pindaan) 1999

[Akta A1064]-lihat seksyen 5 Akta A1064.

9

SENARAI PINDAAN

Undang-undang yang meminda

Tajuk ringkas

Berkuat kuasa dari

Akta 74/1967

Akta Bank Pembangunan

Asia (Pindaan) 1967 28-07-1966

10

SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA

Seksyen

Kuasa meminda

Berkuat kuasa dari

5

Akta 74/1967 28-07-1966