Bank Simpanan Nasional Act 1974 · Updated to 1 Dec 2011 · Bahagian VII
Bank Simpanan Nasional Act 1974 · Updated to 1 Dec 2011 · Bahagian VII
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Jika sesuatu harta tak alih, yang bukannya tanah Negeri, diperlukan untuk diambil oleh Bank bagi maksud Akta ini, harta itu boleh diambil mengikut peruntukan sesuatu undang-undang bertulis yang berhubungan dengan pengambilan tanah bagi maksud awam yang berkuat kuasa pada masa itu dalam Negeri yang didalamnya harta itu terletak, dan apa-apa perisytiharan yang dikehendaki oleh sesuatu undang-undang bertulis itu bahawa tanah itu diperlukan sedemikian boleh dibuat walaupun pampasan kena dibayar oleh Bank; dan perisytiharan itu hendaklah berkuat kuasa seolah-olah ia suatu perisytiharan bahawa tanah itu diperlukan bagi sesuatu maksud awam mengikut undang-undang bertulis itu.
32 Undang-Undang Malaysia AKTA 146
Perbelanjaan dan pampasan berkenaan dengan sesuatu harta tak alih yang diambil di bawah seksyen ini hendaklah dibayar oleh Bank.
Apabila sesuatu harta tak alih telah diambil di bawah seksyen ini,
Bank hendaklah mendapatkan dokumen hakmilik yang perlu berkenaan dengan harta itu dan hendaklah membayar apa-apa sewa yang kena dibayar mengenai harta itu.
Bahagian VIII