Skip to content
In forceUpdated to 1 Dec 2011Read it in English

Act of Parliament

Bank Simpanan Nasional Act 1974

A national savings bank replacing the post office savings bank

Bahagian I

Permulaan

Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged

s 1Tajuk ringkas

Akta ini bolehlah dinamakan Akta Bank Simpanan Nasional 1974.

s 2Tafsiran

Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

______________________________________________________________

* CATATAN—Akta ini akan dimansuhkan oleh Akta Bank Simpanan Nasional Berhad 1997 [Akta 571] apabila

Akta 571 mula berkuat kuasa.

8 Undang-Undang Malaysia AKTA 146

“Bank” ertinya Bank Simpanan Nasional yang ditubuhkan di bawah seksyen 3;

“Bank Simpanan Pejabat Pos” ertinya Bank Simpanan Pejabat Pos yang ditubuhkan di bawah Akta Bank Simpanan Pejabat Pos 1948 [Akta 113];

“bunga” termasuklah bonus dan apa-apa faedah kewangan yang lain

(dengan apa jua nama disebut) yang kena dibayar atas deposit dan akaun lain dengan Bank;

“Ketua Eksekutif” ertinya Ketua Eksekutif yang dilantik di bawah seksyen 9 dan termasuklah seseorang yang dilantik untuk bertindak sebagai Ketua

Eksekutif;

“Lembaga” ertinya Lembaga Pengarah yang disebut dalam seksyen 6;

“pegawai” termasuklah Ketua Eksekutif;

“pengarah” ertinya seseorang ahli Lembaga yang dilantik di bawah seksyen 6 dan termasuklah Pengerusi dan pengarah silih ganti;

“Pengerusi” ertinya Pengerusi Lembaga;

“perkhidmatan giro” ertinya suatu perkhidmatan akaun semasa yang membenarkan pemegang akaun memberikan arahan pembayaran kepada

Bank dan yang membenarkan Bank menerima bayaran ke dalam akaun seseorang pemegang akaun daripada mana-mana pihak;

“sekuriti” ertinya debentur, saham dan syer dalam sesuatu syarikat awam atau perbadanan, atau bon sesuatu kerajaan atau sesuatu badan, perbadanan atau bukan perbadanan, dan termasuklah apa-apa hak atau opsyen yang berkenaan dengannya dan apa-apa kepentingan sebagaimana yang ditakrifkan dalam seksyen 84 Akta Syarikat 1965 [Akta 125];

“sijil simpanan premium” ertinya sijil simpanan bernombor yang dikeluarkan oleh Bank bagi sesuatu akaun deposit yang baginya tiada bunga akan dibayar tetapi yang boleh atau tidak boleh menyertai cabutan berkala yang diadakan oleh Bank bagi mengawardkan pembayaran bonus dengan wang tunai atau selainnya;

“tarikh yang ditetapkan” ertinya tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini.

Bank Simpanan Nasional 9

Bahagian II

Penubuhan, Tujuan dan Kuasa

Bahagian III

Keanggotaan Bank

Bahagian IV

Pegawai dan Pekerja Bank

Bahagian V

Peruntukan yang Berhubungan Dengan Penjalanan Urusan Bank

Bahagian VI

Peruntukan Kewangan

Bahagian VII

Bahagian VIII

Pemansuhan dan Peralihan