Skip to content
In forceUpdated to 1 Dec 2011Read it in English
Contents

Bahagian VIII · Pemansuhan dan Peralihan

43. Kontrak yang sedia ada

Semua surat ikatan, bon, perjanjian, surat cara dan perkiraan kerja yang sedia ada sebaik sebelum tarikh yang ditetapkan yang menyentuh mana-mana harta yang dipindahkan hakmilik di bawah seksyen 41 hendaklah berkuat kuasa dan berkesan sepenuhnya terhadap atau untuk Bank dan boleh dikuatkuasakan dengan sepenuhnya dan dengan berkesan seolah-olah, sebagai ganti Bank Simpanan Pejabat Pos atau seseorang yang bertindak bagi pihak Bank Simpanan Pejabat Pos, Bank telah dinamakan dalamnya atau telah menjadi suatu pihak kepadanya.

Report