Bank Simpanan Nasional Act 1974 · Updated to 1 Dec 2011 · Bahagian II · Penubuhan, Tujuan dan Kuasa
5. Kuasa Bank
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Bagi maksud menjalankan tujuan yang dinyatakan dalam seksyen 4,
Bank boleh—
10 Undang-Undang Malaysia AKTA 146
menerima sebagai deposit daripada pelanggannya atau memungut bagi pihak mereka wang yang boleh dibayar balik sama ada atas permintaan atau selainnya;
memberikan pinjaman dan pendahuluan kepada, atau memberikan gerenti bagi faedah, pendeposit dan pelanggannya yang lain bagi maksud perumahan dan apa-apa maksud lain sebagaimana yang diluluskan oleh Menteri dan membuat perjanjian bagi maksud ini;
melabur dalam sekuriti Kerajaan atau Kerajaan mana-mana
Negeri atau mana-mana pihak berkuasa awam atau dalam sekuriti lain bagi maksud yang sesuai dengan tujuannya;
menggalakkan pembentukan sesuatu syarikat perbadanan atau mengambil bahagian dalam menggalakkan sesuatu syarikat itu atau memperoleh sesuatu pengusahaan atau sebahagian daripadanya;
memperoleh tanah dan harta bagi atau berhubung dengan penjalanan kuasanya, dan memajukan tanah dan harta itu;
melupuskan atau memajakkan atau selainnya membuat apa-apa urusan mengenai kesemua atau mana-mana bahagian daripada pengusahaan atau hartanya;
mengadakan dan menjalankan perkhidmatan giro;
menerima sekuriti dan barang berharga yang lain daripada pelanggan untuk disimpan dengan selamat;
melevi sesuatu bayaran bagi apa-apa perkhidmatan yang diberi olehnya;
menyenggara akaun dengan Kerajaan, Kerajaan mana-mana
Negeri, bank dan institusi kewangan yang lain;
membuka cawangan dan melantik ejen atau koresponden;
mengendalikan skim bagi mengeluarkan dan menganjurkan sijil simpanan premium yang boleh ditebus sama ada apabila dikehendaki atau selainnya dan, walau apa pun peruntukan
Bank Simpanan Nasional 11
mana-mana undang-undang bertulis lain yang berlawanan, mengadakan, menganjurkan, merancang dan mentadbirkan cabutan untuk mengawardkan pembayaran bonus kepada pemegang sijil simpanan premium yang dikeluarkan;
mengadakan, mengendalikan dan menguruskan apa-apa produk atau perkhidmatan lain yang perlu bagi maksud mencapai tujuan Bank dan mengenakan caj bagi produk dan perkhidmatan sedemikian; dan
menjalankan urusan am sesuatu bank simpanan dan membuat segala perkara lain yang bersampingan dengan atau yang berfaedah kepada pencapaian tujuannya.
Bahagian III
Keanggotaan Bank
Bahagian IV
Pegawai dan Pekerja Bank
Bahagian V
Peruntukan yang Berhubungan Dengan Penjalanan Urusan Bank
Bahagian VI
Peruntukan Kewangan
Bahagian VII
Bahagian VIII