Skip to content
In forceAs enactedRead it in English
Contents

Bahagian XVI · Pindaan. Pemansuhan dan Peruntukan-Peruntukan Peralihan

130. Jika dalam mana-mana undang-undang bertulis, apa-apa sebutan dibuat mengenai—

(a)

mana-mana Akta termansuh, ia hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai Akta ini;

(b)

mana-mana peruntukan tertentu dalam manamana Akta termansuh, ia hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai sesuatu peruntukan Akta ini yang hampir-hampir bersamaan dengan peruntukan tertentu tersebut;

(c)

sesuatu bank yang dilesenkan di bawah Akta Bank 1973, ia hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai sesuatu bank berlesen atau sesuatu bank saudagar berlesen, mengikut sama ada ia menjalankan perniagaan bank atau perniagaan bank saudagar; atau

(d)

sesuatu syarikat kewangan yang dilesenkan di bawah Akta Syarikat Kewangan 1969, ia hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai sesuatu syarikat kewangan berlesen.

Report