Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989 · As enacted · Bahagian XV · Peruntukan-Peruntukan Am
113. Section 113
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Jika, bagi maksud menjalankan mana-mana kuasanya, melaksanakan mana-mana fungsinya, atau menunaikan mana-mana tugasnya, di bawah Akta ini, atau di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain, Bank berkehendakkan apa-apa maklumat daripada mana-mana institusi berlesen, atau mana-mana institusi terjadual, atau mana-mana institusi asing, atau daripada mana-mana orang lain yang terlibat dalam penyediaan pembiayaan, atau daripada mana-mana perbadanan yang berkaitan dengan mana-mana institusi yang disebut terdahulu atau orang yang disebut terdahulu, mengenai apa-apa perkara yang berhubungan dengan hal-ehwal atau perniagaan institusi, orang, atau perbadanan tersebut, maka institusi, orang atau perbadanan tersebut, hendaklah mengemukakan maklumat tersebut kepada Bank.
Jika maklumat yang didapatkan oleh Bank di bawah subseksyen (1) adalah berhubungan dengan akaun atau hal-ehwal mana-mana pelanggan institusi, orang atau perbadanan yang membekalkan maklumat, maka maklumat itu hendaklah menjadi rahsia di antara Bank dengan institusi, orang atau perbadanan yang membekalkannya, kecuali jika ia hendak digunakan bagi maksud mendakwa mana-mana orang bagi apaapa kesalahan di bawah mana-mana undang-undang bertulis.
Peruntukan-peruntukan subseksyen (1) tidaklah terpakai bagi sesuatu badan berkanun yang Bahagian X dan XI belum terpakai baginya di bawah seksyen 93 (1).
Bahagian XVI