Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989 · As enacted · Bahagian III · Perniagaan-Perniagaan Terjadual dan Pejabat-Pejabat Wakilan
24. Section 24
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Walau apa pun peruntukan-peruntukan manamana undang-undang bertulis lain, Menteri boleh, jika dia berpuas hati bahawa adalah perlu untuk mengawalselia mana-mana institusi terjadual atau pejabat wakilan tertentu, atau apa-apa kelas, kategori atau perihalan institusi terjadual atau pejabat wakilan itu secara amnya, untuk—
menggalakkan kestabilan kewangan dan struktur kewangan yang kukuh;
mempengaruhi kedudukan kredit bagi faedah Malaysia; atau
melindungi kepentingan awam berkenaan dengan perniagaan atau aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh institusi terjadual atau pejabat wakilan tertentu itu, atau institusi-institusi terjadual atau pejabat-pejabat wakilan itu, atas syor Bank, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, mengisytiharkan bahawa mana-mana atau kesemua peruntukan Bahagian V, VI, VII, VIII, IX, X, XI dan XIII hendaklah terpakai bagi institusi terjadual atau pejabat wakilan tertentu itu, atau bagi kelas, kategori atau perihalan institusi terjadual atau pejabat wakilan tertentu itu secara amnya, dari suatu tarikh, dan dengan apa-apa ubahsuaian, pengubahan, penyesuaian, ubahpindaan, pindaan, tambahan, pemotongan atau penggantian, sebagaimana yang ditentukan dalam perintah itu.
Jika sesuatu perintah di bawah subseksyen (1) disiarkan dalam Warta, maka peruntukan-peruntukan Akta ini yang dengan demikian itu adalah terpakai bagi institusi terjadual atau pejabat wakilan tertentu itu, atau bagi kelas, kategori atau perihalan institusi terjadual atau pejabat wakilan itu, hendaklah terpakai seolah-olah sebutan-sebutan di dalamnya mengenai suatu institusi berlesen adalah sebutan-sebutan mengenai institusi terjadual atau pejabat wakilan tertentu itu, atau mengenai institusi terjadual atau pejabat wakilan yang tergolong dalam kelas, kategori atau perihalan institusi terjadual atau pejabat wakilan itu.
Kuasa-kuasa yang boleh dijalankan di bawah seksyen ini terhadap sesuatu pejabat wakilan bolehlah juga dijalankan terhadap institusi asing yang ia adalah suatu pejabat wakilan di mana Menteri, atas syor Bank, fikirkannya perlu untuk menjalankan kuasakuasa itu terhadap institusi asing supaya dapat mengawalselia pejabat wakilan itu.
Bahagian IV
Sekatan-Sekatan yang Berhubungan Dengan Penyetujuterimaan dan Pensolisitan, Pengiklanan Mendapatkan, dan Dorongan untuk Membuat, Deposit
Bahagian V
Subsidiari dan Pejabat Institusi-Institusi Berlesen
Bahagian VI
Sekatan-Sekatan ke Atas Urusniaga Institusi-Institusi Berlesen
Bahagian VII
Kehendak-Kehendak Kewangan dan Tugas-Tugas Institusi Berlesen
Bahagian VIII
Pemunyaan, Pengawalan dan Pengurusan Institusi-Institusi Berlesen
Bahagian IX
Sekatan Megenai Perniagaan Institusi-Institusi Berlesen
Bahagian X
Kuasa-Kuasa Pengawasan dan Pengawalan ke Atas Institusi-Institusi Berlesen
Bahagian XI
Penyiasatan, Penggeledahan atau Pemeriksaan dan Penyitaan
Bahagian XII
Pemakaian Bahagian X dan XI bagi Institusi-Institusi Tak Terjadual yang Terlibat dalam Penyediaan Pembiayaan
Bahagian XIII
Maklumat dan Perahsiaan
Bahagian XIV
Kesalahan-Kesalahan
Bahagian XV
Peruntukan-Peruntukan Am
Bahagian XVI