Skip to content
In forceAs enactedRead it in English
Contents

Bahagian IV · Sekatan-Sekatan yang Berhubungan Dengan Penyetujuterimaan dan Pensolisitan, Pengiklanan Mendapatkan, dan Dorongan untuk Membuat, Deposit

28. Tiada seorang pun boleh—

(a)

membuat, menyiarkan, atau memudahkan pembuatan atau penyiaran, sesuatu pernyataan, janji atau ramalan yang diketahuinya mengelirukan, palsu atau memperdayakan;

(b)

dengan curang menyembunyikan apa-apa fakta material; atau

(c)

dengan melulu membuat atau menyiarkan (dengan curang atau selainnya), atau dengan melulu memudahkan pembuatan atau penyiaran (dengan curang atau selainnya) sesuatu pernyataan, janji atau ramalan yang mengelirukan, palsu atau memperdayakan, jika dia membuat, menyiarkan, atau memudahkan pembuatan atau penyiaran, pernyataan, janji atau ramalan itu, atau menyembunyikan fakta material itu, bagi maksud mendorong, atau cuai hinggakan sama ada ia boleh mendorong, seorang lain (sama ada atau tidak orang itu adalah orang yang kepadanya pernyataan, janji atau ramalan itu dibuat atau yang daripadanya fakta material itu disembunyikan) untuk—

(A)

membuat, atau menahan daripada membuat, suatu deposit; atau

(B)

mengikat, atau menahan daripada mengikat, suatu perjanjian bagi maksud pembuatan suatu deposit, dengannya atau dengan mana-mana orang lain.

Report

Bahagian V

Subsidiari dan Pejabat Institusi-Institusi Berlesen

Bahagian VI

Sekatan-Sekatan ke Atas Urusniaga Institusi-Institusi Berlesen

Bahagian VII

Kehendak-Kehendak Kewangan dan Tugas-Tugas Institusi Berlesen

Bahagian VIII

Pemunyaan, Pengawalan dan Pengurusan Institusi-Institusi Berlesen

Bahagian IX

Sekatan Megenai Perniagaan Institusi-Institusi Berlesen

Bahagian X

Kuasa-Kuasa Pengawasan dan Pengawalan ke Atas Institusi-Institusi Berlesen

Bahagian XI

Penyiasatan, Penggeledahan atau Pemeriksaan dan Penyitaan

Bahagian XII

Pemakaian Bahagian X dan XI bagi Institusi-Institusi Tak Terjadual yang Terlibat dalam Penyediaan Pembiayaan

Bahagian XIII

Maklumat dan Perahsiaan

Bahagian XIV

Kesalahan-Kesalahan

Bahagian XV

Peruntukan-Peruntukan Am

Bahagian XVI

Pindaan. Pemansuhan dan Peruntukan-Peruntukan Peralihan

Schedules