Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989 · As enacted · Bahagian VI · Sekatan-Sekatan ke Atas Urusniaga Institusi-Institusi Berlesen
35. Section 35
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Jika Bank berpendapat bahawa apa-apa pernyataan yang dibuat dalam sesuatu iklan yang diterbitkan oleh suatu institusi berlesen adalah palsu, memperdayakan, mengganggu atau mengelirukan, maka Bank boleh melalui notis bertulis mengarahkan institusi itu supaya melakukan kesemua atau manamana daripada yang berikut:
memberhentikan penerbitan berterusan iklan itu;
mengubahsuaikan iklan itu mengikut apa-apa cara sebagaimana yang ditentukan oleh Bank;
memberhentikan keluaran apa-apa iklan yang, pada keseluruhannya atau sebahagian besarnya, adalah ulangan iklan sedemikian;
mengambil segala langkah yang praktik untuk menarik balik iklan itu daripada tiap-tiap dan segala terbitan atau pertunjukannya; atau
menyiarkan suatu pernyataan mengikut cara yang serupa dengan iklan yang diterbitkan terdahulu untuk menarik balik atau mengubahsuaikan iklan sedemikian.
Bank boleh mengubah, menambah, membatalkan atau selainnya meminda apa-apa arahan yang dikeluarkan di bawah subseksyen (1) melalui suatu notis bertulis kepada institusi berkenaan.
Bahagian VII
Kehendak-Kehendak Kewangan dan Tugas-Tugas Institusi Berlesen
Bahagian VIII
Pemunyaan, Pengawalan dan Pengurusan Institusi-Institusi Berlesen
Bahagian IX
Sekatan Megenai Perniagaan Institusi-Institusi Berlesen
Bahagian X
Kuasa-Kuasa Pengawasan dan Pengawalan ke Atas Institusi-Institusi Berlesen
Bahagian XI
Penyiasatan, Penggeledahan atau Pemeriksaan dan Penyitaan
Bahagian XII
Pemakaian Bahagian X dan XI bagi Institusi-Institusi Tak Terjadual yang Terlibat dalam Penyediaan Pembiayaan
Bahagian XIII
Maklumat dan Perahsiaan
Bahagian XIV
Kesalahan-Kesalahan
Bahagian XV
Peruntukan-Peruntukan Am
Bahagian XVI