Skip to content
In forceAs enactedRead it in English
Contents

Bahagian VIII · Pemunyaan, Pengawalan dan Pengurusan Institusi-Institusi Berlesen

52. Section 52

(1)

Jika mana-mana orang bercadang untuk memberi apa-apa kemudahan kredit kepada manamana orang bercagarkan apa-apa harta mana-mana institusi berlesen, maka dia hendaklah, sebelum memberi kemudahan kredit tersebut, mengemukakan satu laporan mengenai kemudahan kredit yang dicadangkan itu kepada Bank jika harta yang hendak diadakan sebagai cagaran bagi maksud kemudahan kredit yang dicadangkan itu, cuma harta itu sahaja, atau bersama-sama dengan apa-apa harta lain institusi berlesen itu yang telahpun dipegang sebagai cagaran bagi apa-apa kemudahan kredit lain yang diberi olehnya, akan merupakan lima peratus atau lebih daripada harta institusi berlesen tersebut.

(2)

Jika institusi berlesen bercadang untuk mengadakan hartanya sebagai cagaran berkenaan dengan sesuatu kemudahan kredit yang akan diberikan oleh mana-mana orang kepada institusi berlesen itu atau kepada mana-mana orang lain, maka ia hendaklah, sebelum berbuat demikian, mengemukakan satu laporan mengenai perkara itu kepada Bank.

(3)

Laporan yang dikehendaki dikemukakan di bawah subseksyen (1) atau (2) hendaklah mengandungi segala butir terperinci dan butir yang relevan mengenai transaksi itu dan hendaklah, dalam apa jua hal, termasuk yang berikut:

(i)

nama dan alamat orang-orang yang kepadanya kemudahan kredit dicadang hendak diberikan;

(ii)

nama dan alamat institusi berlesen yang hartanya diadakan sebagai cagaran bagi kemudahan kredit yang dicadangkan itu;

(iii)

butir-butir terperinci mengenai harta yang diadakan sebagai cagaran bagi kemudahan kredit yang dicadangkan itu; dan

(iv)

amaun kemudahan kredit yang dicadangkan itu.

Report

Bahagian IX

Sekatan Megenai Perniagaan Institusi-Institusi Berlesen

Bahagian X

Kuasa-Kuasa Pengawasan dan Pengawalan ke Atas Institusi-Institusi Berlesen

Bahagian XI

Penyiasatan, Penggeledahan atau Pemeriksaan dan Penyitaan

Bahagian XII

Pemakaian Bahagian X dan XI bagi Institusi-Institusi Tak Terjadual yang Terlibat dalam Penyediaan Pembiayaan

Bahagian XIII

Maklumat dan Perahsiaan

Bahagian XIV

Kesalahan-Kesalahan

Bahagian XV

Peruntukan-Peruntukan Am

Bahagian XVI

Pindaan. Pemansuhan dan Peruntukan-Peruntukan Peralihan

Schedules