Biosafety Act 2007 · Updated to 1 May 2019 · Bahagian V · Laporan Penilaian Risiko dan Pengurusan Risiko dan Pelan Gerak Balas Kecemasan
Biosafety Act 2007 · Updated to 1 May 2019 · Bahagian V · Laporan Penilaian Risiko dan Pengurusan Risiko dan Pelan Gerak Balas Kecemasan
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Suatu pelan gerak balas kecemasan hendaklah menyediakan—
langkah-langkah dan tatacara keselamatan bagi perlindungan kesihatan manusia, tumbuh-tumbuhan dan haiwan, alam sekitar dan kepelbagaian biologi terhadap kecederaan atau kerosakan yang disebabkan secara langsung atau tidak langsung oleh organisma diubah suai yang hidup atau hasilan organisma sedemikian; dan
segala langkah perlu yang hendaklah diambil sekiranya berlaku kecemasan.
Mana-mana orang yang diluluskan yang gagal mengambil langkah-langkah perlu dalam sesuatu kecemasan mengikut pelan gerak balas kecemasan itu melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan,—
jika orang itu ialah orang perseorangan, didenda tidak melebihi dua ratus lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya dan, dalam hal kesalahan yang berterusan, didenda selanjutnya tidak melebihi sepuluh ribu ringgit bagi setiap hari kesalahan itu berterusan selepas disabitkan;
jika orang itu ialah suatu pertubuhan perbadanan, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit dan, dalam hal kesalahan yang berterusan, didenda selanjutnya tidak melebihi dua puluh ribu ringgit bagi setiap hari kesalahan itu berterusan selepas disabitkan.
Biokeselamatan 39
Bahagian VI
Bahagian VII