Skip to content
In forceUpdated to 1 May 2019Read it in English
Contents

Bahagian VII · Pelbagai

59. Maklumat perniagaan yang rahsia

(1)

Mana-mana orang yang membuat suatu permohonan di bawah seksyen 13 atau yang mengemukakan suatu pemberitahuan di bawah subseksyen 22(1) boleh memohon kepada Ketua Pengarah

Biokeselamatan 57

supaya dirahsiakan mana-mana maklumat perdagangan dan perindustrian yang berhubungan dengan permohonan atau pemberitahuan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan.

(2)

Ketua Pengarah boleh membenarkan kerahsiaan berdasarkan kriteria dalam subseksyen (3) dan jika kerahsiaan dibenarkan maklumat itu tidak boleh diumumkan.

(3)

Ketua Pengarah hendaklah menimbangkan tuntutan bagi kerahsiaan mengikut kriteria yang berikut:

(a)

bahawa maklumat itu tidak diketahui pada umumnya di kalangan, atau boleh diakses dengan mudah oleh, mana-mana orang dalam lingkungan itu yang biasanya berurusan dengan jenis maklumat yang hendak dijadikan rahsia;

(b)

bahawa maklumat itu mempunyai nilai perdagangan disebabkan ia ialah rahsia; dan

(c)

bahawa langkah-langkah yang munasabah telah diambil untuk merahsiakan maklumat itu.

(4)

Kecuali bagi maksud Akta ini atau bagi maksud apa-apa prosiding sivil atau jenayah di bawah mana-mana undang-undang bertulis atau jika selainnya dibenarkan oleh Ketua Pengarah, mengikut mana-mana yang berkenaan—

(a)

tiada anggota Lembaga atau Jawatankuasa Penasihat, atau mana-mana jawatankuasa atau jawatankuasa kecilnya, mengikut mana-mana yang berkenaan;

(b)

tiada seorang pun yang menghadiri mana-mana mesyuarat

Lembaga atau Jawatankuasa Penasihat, atau mana-mana jawatankuasa atau jawatankuasa kecilnya, mengikut mana-mana yang berkenaan; atau

(c)

Ketua Pengarah dan mana-mana pegawai yang dilantik di bawah subseksyen 8(1)

58 Undang-Undang Malaysia AKTA 678

sama ada semasa tempoh memegang jawatan atau semasa tempoh pekerjaannya atau selepas itu, boleh menzahirkan apa-apa maklumat yang didapatinya semasa menjalankan tugasnya yang baginya kerahsiaan telah diberikan di bawah subseksyen (3).

(5)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (4) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu bulan atau kedua-duanya.

Report