Seksyen 16
Pendaftaran nama yang tidak disukai atau diingini
of Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957
ActIn forceProvision 18 of 47
Seksyen 16
Jika pada pendapat Pendaftar bahawa nama kanak-kanak yang diminta untuk dicatatkan ke dalam suatu daftar kelahiran itu adalah tidak menyenangkan atau tidak diingini, dia hendaklah merujuk perkara itu kepada Pendaftar Besar dan Pendaftar Besar boleh menyebabkan nama itu didaftarkan atau tidak didaftarkan sebagaimana yang difikirkannya patut.