Skip to content
In forceUpdated to 1 Mar 2018Read it in English
Contents

Act of Parliament

Births and Deaths Registration Act 1957

Feedback & supportRegistering births and deaths

Bahagian I

Permulaan

Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged

(1)

Akta ini bolehlah dinamakan Akta Pendaftaran Kelahiran dan

Kematian 1957.

(2)

Akta ini hendaklah terpakai bagi Semenanjung Malaysia sahaja.

s 2Tafsiran

Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain–

“bidan berdaftar” ertinya mana-mana orang yang didaftarkan dengan sempurnanya sebagai bidan di bawah mana-mana undang-undang yang sedang berkuat kuasa berhubungan dengan pendaftaran bidan;

“daftar” ertinya apa-apa daftar yang dikehendaki disimpan di bawah peruntukan-peruntukan Akta ini dan termasuklah–

(a)

mana-mana daftar kelahiran dan kematian yang disimpan atau dikehendaki dikekalkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang dimansuhkan oleh Akta ini;

8 Undang-Undang Malaysia AKTA 299

(b)

semua dokumen yang merekodkan butir-butir kelahiran dan kematian dan buku-buku rekod yang dikumpul darinya yang ada apabila mula berkuat kuasanya Akta ini dan dalam penjagaan Pendaftar Besar atau mana-mana pegawai awam lain;

(c)

mana-mana daftar baharu yang dikekalkan catatannya semula di bawah subseksyen 4(3); dan

(d)

mana-mana mikrofilem atau pita komputer yang dibuat menurut subseksyen 4(4);

“indeks” ertinya indeks bagi catatan dalam daftar;

“institusi awam” termasuklah penjara, lokap, hospital kesihatan jiwa, hospital dan mana-mana institusi awam atau khairat yang lain;

“kawasan pendaftaran” ertinya kawasan yang baginya Pendaftar dilantik dan apabila digunakan dengan merujuk kepada Penguasa

Pendaftar ertinya kawasan pendaftaran yang baginya Penguasa

Pendaftar tersebut dilantik;

“kelahiran mati” dan “lahir mati” hendaklah terpakai bagi mana-mana bayi yang telah dilahirkan oleh ibunya selepas minggu kedua puluh lapan kehamilan itu dan yang pada bila-bila masa selepas dilahirkan seluruhnya oleh ibunya tidak bernafas atau menunjukkan apa-apa tanda bernyawa yang lain;

“Pendaftar” ertinya Pendaftar Kelahiran dan Kematian yang dilantik di bawah Akta ini dan apabila digunakan berhubungan dengan mana-mana kelahiran atau kematian ertinya Pendaftar yang menjadi kewajipannya mendaftarkan butir-butir kelahiran atau kematian itu;

“Pendaftar Besar” ertinya Pendaftar Besar Kelahiran dan Kematian yang dilantik di bawah peruntukan-peruntukan Akta ini;

“penduduk’ termasuk penjaga, pengetua, matron, penguasa atau ketua pegawai yang lain sesuatu institusi awam, dan, jika sesuatu rumah itu disewa secara pangsa atau lojing yang berasingan, termasuklah mana-mana orang yang tinggal dalam rumah itu yang mana pangsa atau lojing yang berasingan tersebut adalah dipegang secara langsung oleh orang itu atau ejennya;

Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 9

“pengamal perubatan berdaftar” mempunyai erti yang sama seperti dalam Akta Perubatan 1971 [Akta 50];

“Penguasa Pendaftar” ertinya Penguasa Pendaftar Kelahiran dan

Kematian yang dilantik di bawah Akta ini dan apabila digunakan berhubungan dengan mana-mana Pendaftar ertinya Penguasa

Pendaftar bagi kawasan di mana kawasan pendaftaran Pendaftar tersebut terletak;

“Perakuan Kelahiran” ertinya perakuan yang dikeluarkan menurut seksyen 14 atau subseksyen 32(1);

“Perakuan Kematian” ertinya perakuan yang dikeluarkan menurut seksyen 25 atau subseksyen 32(1);

“rumah” termasuklah institusi awam;

“saudara” termasuklah saudara melalui perkahwinan;

“Semenanjung Malaysia” mempunyai erti yang diberi kepadanya dalam seksyen 3 Akta Tafsiran 1948 dan 1967 [Akta 388], dan termasuk Wilayah Persekutuan.

(1)

Yang di-Pertuan Agong boleh melantik seorang pegawai awam menjadi Pendaftar Besar Kelahiran dan Kematian bagi

Malaysia, yang hendaklah bertanggungjawab melaksanakan peruntukan-peruntukan Akta ini dan mempunyai kawalan dan penyeliaan am ke atas semua daftar dan semua indeks dan ke atas semua perkara yang dilakukan atau dilaksanakan di bawah Akta ini.

(1A)

Yang di-Pertuan Agong boleh melantik seorang pegawai awam menjadi Timbalan Pendaftar Besar Kelahiran dan Kematian bagi Malaysia, yang, tertakluk kepada apa-apa arahan am atau khusus daripada Pendaftar Besar, boleh menjalankan mana-mana daripada kuasa-kuasa Pendaftar Besar di bawah Akta ini, dan yang hendaklah, semasa ketiadaan Pendaftar Besar atau jika diarah olehnya sedemikian, melaksanakan kewajipan dan fungsi Pendaftar Besar tersebut.

10 Undang-Undang Malaysia AKTA 299

(1B)

Yang di-Pertuan Agong boleh melantik seorang pegawai awam menjadi Penolong Pendaftar Besar Kelahiran dan Kematian bagi Semenanjung Malaysia, yang, tertakluk kepada apa-apa arahan am atau khusus dari Pendaftar Besar, boleh menjalankan mana-mana daripada kuasa Pendaftar Besar di bawah subseksyen 4(3), seksyen 4A, 5, subseksyen 12(1), seksyen 15, 16, 17, 21, 27, subseksyen 32(3), 32(4), perenggan 33(2)(b), seksyen 37B dan 38 Akta ini dan semua kuasa di bawah Akta ini yang diberi kepada Penguasa

Pendaftar atau Pendaftar-Pendaftar.

(2)

Pendaftar Besar boleh melantik–

(a)

seorang atau lebih pegawai awam sebagaimana yang dia fikirkan perlu melalui nama atau jawatan untuk menjadi

Penguasa Pendaftar Kelahiran dan Kematian bagi tiap-tiap kawasan pendaftaran;

(b)

seorang atau lebih, sama ada pegawai awam atau tidak, melalui nama atau jawatan untuk menjadi Pendaftar

Kelahiran dan

Kematian bagi tiap-tiap kawasan pendaftaran; dan

(c)

pegawai-pegawai lain sedemikian sebagaimana dia fikirkan perlu bagi tujuan melaksanakan berbagai tugas yang ditetapkan oleh Akta ini:

Dengan syarat bahawa kuasa yang diberikan di bawah subseksyen ini hendaklah disifatkan telah mula berkuat kuasa pada 1 Ogos 1958.

(3)

Pendaftar Besar boleh menjalankan kuasa mana-mana Penguasa

Pendaftar atau mana-mana Pendaftar dan seorang Penguasa Pendaftar boleh menjalankan kuasa mana-mana Pendaftar dalam kawasan pendaftaran Penguasa Pendaftar tersebut.

(4)

Pendaftar Besar boleh mewakilkan secara bertulis yang ditandatanganinya mana-mana kuasanya di bawah Akta ini (kecuali kuasa perwakilan ini) kepada mana-mana Penguasa Pendaftar atau mana-mana pegawai yang dilantik di bawah perenggan (2)(c)

tertakluk kepada apa-apa syarat dan had sebagaimana yang dia boleh tentukan dalam surat cara perwakilan itu:

Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 11

Dengan syarat bahawa Pendaftar besar boleh menjalankan apa-apa kuasa di bawah Akta ini, tanpa mengira apa-apa perwakilan olehnya di bawah seksyen ini.

(1)

Pendaftar

Besar hendaklah menyebabkan untuk memperuntukkan dan menyenggarakan bilangan daftar yang mencukupi dalam borang yang ditetapkan bagi merekodkan bilangan kelahiran dan kematian.

(2)

Daftar tersebut hendaklah disimpan dalam pendua. Satu salinan hendaklah disimpan oleh Pendaftar Besar dan salinan kedua hendaklah disimpan oleh Penguasa Pendaftar bagi kawasan yang mana daftar itu berhubungan.

(3)

Pendaftar Besar boleh menyebabkan catatan-catatan pada mana-mana daftar yang didapati rosak, cacat atau yang tidak dapat dibaca dipindahkan kepada daftar baharu.

(4)

Pendaftar Besar boleh–

(a)

menyebabkan mana-mana atau semua daftar digambarfotokan atas mikrofilem; atau

(b)

menyebabkan butir-butir di dalam mana-mana atau semua daftar direkodkan atas pita komputer, tertakluk kepada apa-apa tindakan berjaga-jaga sebagaimana yang disifatkannya perlu bagi kepentingan keselamatan dan privasi terhadap maklumat yang terkandung di dalamnya.

s 4AJika rekod hilang, pendaftaran semula dibenarkan

Jika, dalam hal mengenai mana-mana orang yang kelahirannya telah didaftarkan di Semenanjung Malaysia tetapi rekod pendaftaran tersebut adalah atas apa sebab sekalipun hilang atau musnah dari keterangan yang dikemukakan, Pendaftar Besar berpuas hati mengenai kejadian kelahiran tersebut dan butir-butir lain yang

12 Undang-Undang Malaysia AKTA 299

berhubungan dengannya itu, maka

Pendaftar

Besar boleh menyebabkan kelahiran tersebut didaftarkan semula.

s 5Laporan tahunan

Pendaftar Besar hendaklah, dalam suatu tempoh selepas tamatnya tiap-tiap tahun sebagaimana dari semasa ke semasa yang boleh ditentukan, mengumpul–

(a)

ringkasan kelahiran dan kematian tahun terdahulunya; dan

(b)

laporan am mengenai pertambahan atau kekurangan jumlah penduduk dan atas apa-apa sebab khas yang nampaknya melibatkan pertambahan atau kekurangan tersebut, setakat mana yang ianya boleh difahamkan daripada daftar itu.

s 6Daftar tidak dibuka untuk pemeriksaan awam

Daftar dan indeks hendaklah tidak dibuka untuk pemeriksaan orang awam.

Bahagian II

Pendaftaran Kelahiran

Bahagian III

Pendaftaran Kematian

Bahagian IV

Schedules