Skip to content

Seksyen 37B

Kuasa untuk mengadakan siasatan

of Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957

ActIn forceProvision 42 of 47
Seksyen 37B
(1)

Pendaftar Besar, Penguasa Pendaftar atau mana-mana pegawai lain diberi kuasa dengan sewajarnya secara bertulis oleh

Pendaftar Besar, bagi maksud untuk memuaskan hatinya mengenai apa-apa butir yang dikehendaki bagi maksud membuat keputusan di bawah seksyen 12, 15, 21, 27, subseksyen 32(3) dan (4) boleh mengadakan suatu siasatan.

(2)

Pendaftar Besar, Penguasa Pendaftar atau pegawai diberi kuasa itu boleh hanya bagi maksud untuk melaksanakan peruntukan subseksyen (1) –

(a)

memanggil mana-mana orang supaya hadir di hadapannya untuk menjawab apa-apa soalan atas sumpah atau sebaliknya yang dianggap olehnya munasabah untuk disoal bagi maksud tersebut;

(b)

untuk mengambil apa-apa ikrar atau akuan berkanun dan memeriksa mana-mana orang atas ikrar.

(3)

Penguasa Pendaftar boleh mengimpaun mana-mana dokumen yang dikemukakan di hadapannya atau dengan apa cara sekalipun diterima olehnya, jika dia mempunyai sebab untuk meragui ketulenan atau kebenaran atau kesahan pengeluarannya.

34 Undang-Undang Malaysia AKTA 299