Skip to content
In forceUpdated to 1 Dec 2011Read it in English

Bahagian II · Pendaftaran Pusat Jagaan

6. Pendaftaran

Feedback & support
(1)

Sesuatu permohonan untuk pendaftaran sesuatu pusat jagaan hendaklah dibuat kepada Ketua Pengarah dalam borang yang ditetapkan.

(2)

Ketua Pengarah boleh mendaftar atau boleh enggan mendaftar mana-mana pusat jagaan.

(3)

Bagi maksud menimbang sesuatu permohonan untuk pendaftaran sesuatu pusat jagaan, Ketua Pengarah boleh—

(a)

memasuki dan memeriksa premis pusat jagaan itu untuk memastikan bahawa pusat itu mematuhi segala kehendak undang-undang dan mana-mana pihak berkuasa yang berhubungan dengan binaan bangunan dan keselamatan kebakaran, dan bahawa pusat itu dilengkapkan dan disenggarakan dengan cukup dan sesuai; dan

(b)

menghendaki pemohon itu memberi kepadanya apa-apa maklumat dan butir-butir sebagaimana yang perlu untuk dia menentukan permohonan itu.

(4)

Tanpa menjejaskan keluasan kuasanya di bawah subseksyen

(2)

, Ketua Pengarah boleh enggan mendaftar mana-mana pusat jagaan jika apa-apa kehendak undang-undang yang berhubungan dengan pengendalian pusat jagaan itu atau yang berhubungan dengan premisnya belum dipatuhi.

Report

Bahagian III

Pegawai dan Kuasa Mereka

Bahagian IV

Pelbagai