Skip to content
In forceUpdated to 1 Dec 2011Read it in English

Bahagian II · Pendaftaran Pusat Jagaan

8. Daftar pusat jagaan

Feedback & support
(1)

Ketua Pengarah hendaklah memastikan supaya disimpan, dalam apa-apa bentuk sebagaimana yang dinyatakan olehnya,—

(a)

suatu daftar pusat jagaan berkediaman; dan

(b)

suatu daftar pusat jagaan harian, yang didaftarkan di bawah Akta ini yang mengandungi, berkenaan dengan setiap pusat jagaan—

(i)

nama dan alamat pengendali pusat jagaan itu;

(ii)

nama dan alamat pusat jagaan itu; dan

(iii)

apa-apa butir lain sebagaimana difikirkan perlu oleh

Ketua Pengarah.

(2)

Suatu salinan bagi atau cabutan daripada sesuatu catatan dalam daftar itu yang berupa sebagai diperakui di bawah tandatangan Ketua

Pengarah hendaklah, sehingga dibuktikan sebaliknya, diterima dalam keterangan sebagai bukti fakta yang dinyatakan di dalamnya sebagaimana pada tarikh perakuan itu.

Report

Bahagian III

Pegawai dan Kuasa Mereka

Bahagian IV

Pelbagai