Skip to content

Seksyen 20

Kecualian dan peralihan

of Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (Pindaan) 2017

Amendment ActIn forceProvision 20 of 20
Seksyen 20
(1)

Mana-mana orang yang mengendalikan atau mengadakan apa-apa perkhidmatan yang berhubungan dengan perniagaan pengantaraan, sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini, hendaklah membuat permohonan bagi suatu lesen mengikut Akta ini dalam masa satu tahun dari tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini.

(2)

Apa-apa tindakan, penyiasatan atau prosiding yang dimulakan atau yang belum selesai sebelum tarikh permulaan kuat kuasa

Akta ini hendaklah, selepas tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini, diteruskan seolah-olah Akta ibu tidak dipinda oleh Akta ini.

(3)

Apa-apa obligasi, liabiliti, penalti, atau hukuman yang terakru atau dikenakan di bawah Akta ibu, boleh diteruskan, dikuatkuasakan, dikenakan dan diuruskan, mengikut mana-mana yang berkenaan, seolah-olah Akta ibu tidak dipinda oleh Akta ini.