Skip to content
In forceAs enactedRead it in English

26f. Section 26f

Feedback & support
(1)

Menjadi kewajipan seorang pemegang lesen perniagaan pengantaraan untuk menyimpan apa-apa akaun dan rekod sebagaimana yang dikehendaki oleh Lembaga di bawah seksyen 40 berhubung dengan lesen perniagaan pengantaraan yang dikeluarkan kepadanya.

Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (Pindaan)

(2)

Seseorang pemegang lesen perniagaan pengantaraan yang tidak mematuhi subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak kurang daripada satu ribu ringgit tetapi tidak lebih daripada sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

Kewajipan pemegang lesen perniagaan pengantaraan untuk memberitahu Lembaga 26g.  (1)  Menjadi kewajipan tiap-tiap pemegang lesen perniagaan pengantaraan, pada setiap masa, untuk memberitahu Lembaga dengan serta-merta mengenai perkara yang berikut:

(a)

apa-apa prosiding atau tuntutan yang dimulakan atau dibuat terhadap pemegang lesen perniagaan pengantaraan itu yang mungkin mempunyai kesan yang buruk pada keadaan kewangannya atau terhadap keupayaannya untuk melaksanakan apa-apa syarat di bawah lesen perniagaan pengantaraan itu;

(b)

apa-apa celaan atau denda yang dikenakan ke atas pemegang lesen perniagaan pengantaraan itu oleh

Kerajaan; dan

(c)

apa-apa perubahan dalam kawalan pemegang lesen perniagaan pengantaraan itu.

(2)

Bagi maksud seksyen ini, “kawalan”, berhubung dengan seorang pemegang lesen perniagaan pengantaraan, ertinya mempunyai kuasa, secara langsung atau tidak langsung, untuk mengarahkan pengurusan dan dasar pemegang lesen perniagaan pengantaraan itu.

(3)

Seseorang pemegang lesen perniagaan pengantaraan yang tidak mematuhi subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak kurang daripada satu ribu ringgit tetapi tidak lebih daripada sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.”.

Undang-Undang Malaysia 12

Report