Jadual Kesembilan a.”.
Pindaan seksyen 433
21. Seksyen 433 Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas subseksyen (4c) subseksyen yang berikut:
“(4d) Mana-mana orang yang telah diluluskan sebagai penyelesai di bawah subseksyen 433(4) hendaklah, dalam masa tiga puluh hari dari kelulusan itu, memberitahu Pendaftar butir-butir yang berikut:
(a) maklumat peribadi penyelesai yang diluluskan itu;
Undang-Undang Malaysia 44
Akta A1701
(b) kelulusan sebagai penyelesai yang diluluskan;
(c) firma penyelesai yang diluluskan, termasuk pekongsi firma dan cawangan, jika ada; dan
(d) apa-apa butir-butir lain yang dikehendaki oleh
Pendaftar.
(4e) Jika terdapat apa-apa perubahan kepada butir-butir yang dinyatakan dalam subseksyen (4d), penyelesai hendaklah mengemas kini maklumat itu dalam masa empat belas hari dari tarikh perubahan itu.”.
Pindaan seksyen 536
22. Perenggan 536(2)(a) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “pengemukaan petisyen penggulungan terhadap syarikat”
dengan perkataan “pada tarikh perintah penggulungan itu”.
Pindaan seksyen 562
23. Subseksyen 562(1) Akta ibu dipinda—
(a) dalam perenggan (f), dengan memotong perkataan “dan”
di hujung perenggan itu; dan
(b) dengan memasukkan selepas perenggan (f) perenggan yang berikut:
“(fa) maklumat pemunyaan benefisial sebagaimana yang dinyatakan di bawah subseksyen 60b(1); dan”.
Pindaan seksyen 567
24. Subseksyen 567(1) Akta ibu dipinda—
(a) dalam perenggan (f), dengan memotong perkataan “atau”
di hujung perenggan itu; dan
Syarikat (Pindaan)
45
(b) dengan memasukkan selepas perenggan (f) perenggan yang berikut:
“(fa) status sama ada syarikat asing itu syarikat persendirian atau syarikat awam; atau”.
Seksyen baharu 573a
25. Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 573
seksyen yang berikut:
“Pemunyaan benefisial syarikat asing 573a. Penggal 8a Bahagian II hendaklah terpakai bagi syarikat asing tertakluk pada ubah suaian yang berikut:
(a) sebutan mengenai “syarikat” hendaklah dianggap sebagai sebutan mengenai “syarikat asing”; dan
(b) sebutan mengenai “pegawai” hendaklah dianggap sebagai sebutan mengenai “ejen syarikat asing”.”.
Pindaan seksyen 576
26. Subseksyen 576(2) Akta ibu dipinda—
(a) dalam perenggan (h), dengan memotong perkataan “dan”
di hujung perenggan itu; dan
(b) dengan memasukkan selepas perenggan (h) perenggan yang berikut:
“(ha) maklumat pemunyaan benefisial sebagaimana yang dinyatakan di bawah subseksyen 60b(1);
(hb) alamat yang daftar pemunya benefisial syarikat itu dikehendaki untuk disimpan menurut subseksyen 60b(2), jika tidak disimpan di pejabat berdaftarnya; dan”.
Undang-Undang Malaysia 46
Akta A1701
Pindaan seksyen 582
27. Perenggan 582(3)(c) Akta ibu dipinda dalam teks bahasa kebangsaan dengan menggantikan perkataan “akuan ketidaksolvenan” dengan perkataan “pengisytiharan kesolvenan”.
Seksyen baharu 612a
28. Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 612
seksyen yang berikut:
“Penyiaran atau iklan dalam laman sesawang 612a. Sekiranya apa-apa maklumat dikehendaki untuk disiarkan atau diiklankan dalam suatu surat khabar di bawah
Akta ini, mana-mana orang boleh, sebagai ganti kepada penyiaran atau pengiklanan maklumat itu dalam surat khabar, menyiarkan atau mengiklankan maklumat itu dalam laman sesawang Suruhanjaya dalam bentuk dan cara sebagaimana yang ditentukan oleh Pendaftar selepas pembayaran fi yang ditetapkan.”.
Pindaan seksyen 613
29. Subseksyen 613(1) Akta ibu dipinda—
(a) dengan memasukkan selepas perenggan (a) perenggan yang berikut:
“(aa) mana-mana orang atau golongan orang yang boleh mengakses daftar pemunya benefisial syarikat atau maklumat pemunyaan benefisial, cara dan terma dan syarat bagi mengakses daftar itu;”; dan
(b) dengan memasukkan selepas perenggan (b) perenggan yang berikut:
“(ba) apa-apa perkara yang berhubungan dengan suatu kompromi atau perkiraan, perkiraan sukarela korporat, pengurusan kehakiman, penyelesaian dan penerimaan;”.
Syarikat (Pindaan)
47
Jadual baharu
30. Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas Jadual Kesembilan jadual yang berikut:
“Jadual Kesembilan a
[Subseksyen 430a(4)]
JENIS BARANGAN DAN PERKHIDMATAN PERLU
1.
Bekalan air
2.
Bekalan elektrik
3.
Bekalan gas
4.
Terminal pusat jualan
5.
Perisian dan perkakasan komputer
6.
Maklumat, nasihat dan bantuan teknikal yang berkaitan dengan penggunaan teknologi maklumat
7.
Pemprosesan dan penyimpanan data
8.
Penganjur laman sesawang”.
Kecualian
31. Apa-apa penyiasatan, perbicaraan, prosiding atau tindakan yang belum selesai sebaik sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah, pada tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini, diteruskan mengikut peruntukan Akta ibu seolah-olah Akta ibu tidak dipinda oleh Akta ini.