Malaysia legislation
Section 13
Seksyen 13
Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 369
seksyen yang berikut:
“Kuasa Mahkamah untuk memerintahkan undian semula 369a. (1) Semasa pendengaran permohonan untuk kelulusan
Mahkamah bagi suatu kompromi atau perkiraan di bawah subseksyen 366(4), Mahkamah boleh memerintahkan syarikat untuk mengadakan mesyuarat pemiutang atau kelas pemiutang yang lain bagi maksud undian semula kompromi atau perkiraan itu tertakluk pada apa-apa terma sebagaimana yang difikirkan patut oleh Mahkamah.
(2)
Suatu perintah yang dibuat di bawah subseksyen (1)
boleh memperuntukkan satu atau lebih perkara yang berikut:
(a)
cara untuk memanggil dan mengadakan mesyuarat;
(b)
pengelasan mana-mana pemiutang bagi maksud mengundi dalam mesyuarat selanjutnya;
Undang-Undang Malaysia 28
Akta A1701
(c)
amaun hutang mana-mana pemiutang yang akan diterima masuk bagi maksud mengundi dalam mesyuarat selanjutnya;
(d)
wajaran yang diletakkan pada undian mana-mana pemiutang dalam mesyuarat selanjutnya.
(3)
Mesyuarat yang diadakan menurut suatu perintah
Mahkamah yang dibuat di bawah subseksyen (1) hendaklah dipengerusikan oleh seseorang yang merupakan—
(a)
pengamal insolvensi yang dilantik di bawah subseksyen 367(3); atau
(b)
seseorang yang dipilih oleh majoriti dalam nilai pemiutang atau kelas pemiutang atau anggota atau kelas anggota, jika tiada pengamal insolvensi dilantik di bawah subseksyen 367(3).
Pemfailan, pemeriksaan dan penghukuman bukti hutang 369b. (1) Jika Mahkamah memerintahkan suatu mesyuarat di bawah subseksyen 366(1) dipanggil, syarikat hendaklah menyatakan dalam tiap-tiap notis yang disebut dalam subseksyen 369(1) yang memanggil mesyuarat itu—
(a)
cara pemiutang memfailkan bukti hutang dengan syarikat; dan
(b)
tempoh yang bukti itu perlu difailkan.
(2)
Jika pemiutang tidak memfailkan bukti hutang pemiutang mengikut cara dan dalam tempoh yang dinyatakan dalam notis yang memanggil mesyuarat, pemiutang itu tidak dibenarkan untuk mengundi, sama ada secara sendiri atau melalui proksi, dalam mesyuarat itu.
(3)
Walau apa pun subseksyen (2), Mahkamah boleh, atas permohonan yang dibuat oleh syarikat atau pemiutang, memberikan suatu perintah melanjutkan tempoh yang dinyatakan dalam notis memanggil mesyuarat yang dalam tempoh itu bukti hutang perlu difailkan.
Syarikat (Pindaan)
(4)
Setelah diberikan suatu perintah di bawah subseksyen (3), syarikat hendaklah dengan secepat yang dapat dilaksanakan, menghantar notis tentang perintah itu kepada setiap pemiutang yang sepatutnya terikat dengan kompromi atau perkiraan itu.
(5)
Tiap-tiap bukti hutang yang difailkan di bawah seksyen ini hendaklah diadjudikasi oleh pengerusi mesyuarat yang diadakan di bawah subseksyen 366(1).
(6)
Pemiutang yang telah memfailkan bukti hutang berhak untuk memeriksa keseluruhan atau mana-mana bahagian bukti hutang yang difailkan oleh mana-mana pemiutang lain, kecuali bahagian bukti pemiutang lain yang mengandungi maklumat yang tertakluk pada apa-apa obligasi mengenai kerahsiaan, atau apa-apa sekatan lain atas penzahiran maklumat, yang dikenakan oleh mana-mana undang-undang bertulis, kontrak atau kaedah kelakuan profesional, atau oleh mana-mana orang atau pihak berkuasa di bawah mana-mana undang-undang bertulis.
(7)
Pengerusi hendaklah memaklumkan setiap pemiutang yang telah memfailkan bukti hutang mengenai keputusan adjudikasi bukti hutang yang difailkan oleh semua pemiutang dalam apa-apa tempoh dan mengikut apa-apa cara sebagaimana yang ditentukan oleh Pendaftar.
(8)
Pemiutang yang telah memfailkan bukti hutang boleh membantah satu atau lebih perkara yang berikut:
(a)
penolakan oleh pengerusi bagi keseluruhan atau mana-mana bahagian bukti hutang pemiutang;
(b)
penerimaan oleh pengerusi bagi keseluruhan atau mana-mana bahagian bukti hutang yang difailkan oleh pemiutang yang lain;
(c)
permintaan oleh pemiutang yang lain untuk memeriksa keseluruhan atau mana-mana bahagian bukti hutang pemiutang.
Undang-Undang Malaysia 30
Akta A1701
(9)
Apa-apa pertikaian antara pengerusi dengan syarikat, antara pengerusi dengan satu atau lebih pemiutang berhubung dengan penolakan bukti hutang, atau antara dua atau lebih pemiutang berhubung dengan pemeriksaan atau penerimaan bukti hutang, boleh diadjudikasi oleh seorang penilai bebas yang dilantik—
(a)
dengan persetujuan semua pihak kepada pertikaian itu; atau
(b)
jika tiada persetujuan sedemikian, oleh Mahkamah atas permohonan—
(i)
mana-mana pihak kepada pertikaian itu; atau
(ii)
syarikat, sama ada pihak kepada pertikaian itu atau tidak.
(10)
Penilai bebas yang dilantik di bawah subseksyen (9)
berhak untuk menerima saraan yang hendaklah ditentukan—
(a)
dengan persetujuan semua pihak kepada pertikaian yang akan diadjudikasi oleh penilai bebas, jika penilai bebas dilantik dengan persetujuan pihak-pihak itu; atau
(b)
oleh Mahkamah, jika penilai bebas dilantik oleh
Mahkamah.
(11)
Jika pemiutang, syarikat atau pengerusi tidak bersetuju dengan mana-mana keputusan penilai bebas mengenai adjudikasi di bawah subseksyen (9) berhubung dengan pemeriksaan, penerimaan atau penolakan bukti hutang, pemiutang, syarikat atau pengerusi itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, boleh memfailkan notis pertentangan itu dengan menyatakan alasan tidak bersetuju mengenai keputusan itu kepada Mahkamah mengikut cara sebagaimana yang ditentukan oleh Pendaftar tidak kurang daripada tujuh hari sebelum pendengaran permohonan di bawah subseksyen 366(4).
Syarikat (Pindaan)
(12)
Orang yang memfailkan notis pertentangan itu hendaklah menghantar suatu salinan notis yang difailkan di bawah subseksyen (11) kepada—
(a)
syarikat itu, melainkan jika notis itu difailkan oleh syarikat itu; dan
(b)
mana-mana pemiutang yang telah memfailkan bukti hutang dengan syarikat bagi maksud mengundi dalam mesyuarat yang diadakan di bawah subseksyen 366(1), atas permintaan pemiutang itu.
(13)
Dalam menentukan sama ada suatu kelulusan hendaklah diberikan atau tidak di bawah subseksyen 366(4),
Mahkamah hendaklah mengambil kira apa-apa notis pertentangan yang difailkan di bawah subseksyen (11).
Kuasa Mahkamah untuk meluluskan kompromi atau perkiraan tanpa mesyuarat pemiutang 369c. (1) Jika suatu kompromi atau perkiraan yang dicadangkan antara syarikat dengan pemiutangnya atau mana-mana kelas pemiutang itu, Mahkamah boleh, atas permohonan yang dibuat oleh syarikat, memberikan suatu perintah yang meluluskan kompromi atau perkiraan itu tanpa apa-apa mesyuarat pemiutang atau kelas pemiutang.
(2)
Jika kompromi atau perkiraan yang dicadangkan itu diluluskan melalui perintah Mahkamah di bawah subseksyen (1), kompromi atau perkiraan yang diluluskan itu mengikat syarikat dan pemiutang atau kelas pemiutang yang sepatutnya terikat dengan kompromi atau perkiraan itu.
(3)
Mahkamah tidak boleh meluluskan suatu kompromi atau perkiraan di bawah subseksyen (1) melainkan jika—
(a)
syarikat itu telah memberi setiap pemiutang yang sepatutnya terikat dengan kompromi atau perkiraan yang dicadangkan itu suatu pernyataan yang mematuhi subseksyen (6) dan mengandungi maklumat yang berikut:
(i)
maklumat berkenaan harta, aset, aktiviti perniagaan, keadaan kewangan dan prospek syarikat;
Undang-Undang Malaysia 32
Akta A1701
(ii)
maklumat tentang cara terma kompromi atau perkiraan yang dicadangkan itu akan, jika terma itu berkuat kuasa, menjejaskan hak pemiutang;
(iii)
apa-apa maklumat lain yang perlu untuk membolehkan pemiutang membuat suatu keputusan termaklum mengenai kompromi atau perkiraan yang dicadangkan itu;
(b)
syarikat itu telah menyiarkan suatu notis tentang permohonan di bawah subseksyen (1) mengikut cara sebagaimana yang ditentukan oleh Pendaftar;
(c)
syarikat itu telah menghantar suatu notis dan salinan permohonan di bawah subseksyen (1) kepada setiap pemiutang yang sepatutnya terikat dengan kompromi atau perkiraan yang dicadangkan itu; dan
(d)
Mahkamah berpuas hati bahawa sekiranya suatu mesyuarat pemiutang atau kelas pemiutang dipanggil, syarat dalam subseksyen 366(3) akan dipenuhi.
(4)
Walau apa pun perenggan (3)(c), syarikat boleh, jika diarahkan oleh Mahkamah, memberikan notis tentang permohonan di bawah subseksyen (1) kepada pemiutang atau kelas pemiutang mengikut cara sebagaimana yang diarahkan oleh Mahkamah.
(5)
Mahkamah boleh memberikan kelulusannya bagi suatu kompromi atau perkiraan yang dicadangkan tertakluk pada apa-apa perubahan atau syarat sebagaimana yang difikirkan adil oleh Mahkamah.
(6)
Pernyataan yang disebut dalam perenggan (3)(a)
hendaklah—
(a)
menjelaskan kesan kompromi atau perkiraan yang dicadangkan itu dan, khususnya, menyatakan—
(i)
apa-apa kepentingan material pengarah syarikat, sama ada sebagai pengarah atau anggota atau pemiutang syarikat atau selainnya; dan
Syarikat (Pindaan)
(ii)
kesan kompromi atau perkiraan yang dicadangkan itu terhadap kepentingan itu, setakat yang kesan itu berlainan daripada kesan kompromi atau perkiraan yang dicadangkan itu terhadap kepentingan orang lain yang serupa; dan
(b)
jika kompromi atau perkiraan yang dicadangkan itu menjejaskan hak pemegang debentur, mengandungi penjelasan yang serupa sebagaimana yang dikehendaki di bawah perenggan (a) berkenaan dengan pemegang amanah bagi pemegang debentur.
(7)
Setiap pengarah syarikat dan setiap pemegang amanah bagi pemegang debentur hendaklah memberikan notis kepada syarikat mengenai apa-apa perkara yang berhubungan dengan pengarah atau pemegang amanah bagi pemegang debentur itu sebagaimana yang perlu bagi maksud subseksyen (6)
dalam masa tujuh hari selepas pengarah atau pemegang amanah bagi pemegang debentur itu menerima permintaan secara bertulis daripada syarikat bagi maklumat mengenai perkara itu.
(8)
Mana-mana pengarah syarikat atau pemegang amanah bagi pemegang debentur yang melanggar subseksyen (7)
melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua belas bulan atau kedua-duanya.
(9)
Seseorang, yang merupakan pengarah syarikat atau pemegang amanah bagi pemegang debentur, tidak melakukan kesalahan di bawah subseksyen (8) jika orang itu menunjukkan bahawa pelanggaran subseksyen (7) oleh orang itu disebabkan penolakan oleh pengarah syarikat yang lain atau pemegang amanah bagi pemegang debentur yang lain untuk memberi orang itu butir-butir mengenai kepentingan material orang itu yang terjejas disebabkan oleh kompromi atau perkiraan itu.
(10)
Melainkan jika Mahkamah memerintahkan selainnya, suatu perintah yang dibuat di bawah subseksyen (1)—
(a)
tidak mempunyai kesan sehingga suatu salinan pejabat perintah itu diserah simpan dengan Pendaftar; dan
Undang-Undang Malaysia 34
Akta A1701
(b)
setelah diserah simpan, perintah itu hendaklah mempunyai kesan pada dan dari tarikh penyerahsimpanan itu atau apa-apa tarikh yang lebih awal sebagaimana yang ditentukan oleh Mahkamah dan sebagaimana yang dinyatakan dalam perintah itu.
(11)
Jika terma apa-apa kompromi atau perkiraan yang diluluskan di bawah seksyen ini memperuntukkan apa-apa wang atau balasan lain untuk dipegang oleh atau bagi pihak mana-mana pihak kepada kompromi atau perkiraan itu sebagai amanah bagi mana-mana orang, orang yang memegang wang atau balasan lain itu hendaklah selepas habis tempoh dua tahun tetapi sebelum habis tempoh sepuluh tahun, bermula dari tarikh wang atau balasan lain itu diterima oleh orang itu, memindahkan wang atau balasan lain itu kepada Pegawai Penerima.
(12)
Pegawai Penerima hendaklah—
(a)
berurusan dengan apa-apa wang yang diterima di bawah subseksyen (11) seolah-olah wang itu telah dibayar kepada Pegawai Penerima di bawah seksyen 508; dan
(b)
menjual atau melupuskan apa-apa balasan lain yang diterima di bawah subseksyen (11) mengikut apa-apa cara yang difikirkan patut oleh Pegawai Penerima, dan menguruskan hasil jualan atau pelupusan itu seolah-olah hasil itu merupakan wang yang dibayar kepada Pegawai Penerima di bawah seksyen 508.
Kuasa Mahkamah untuk menyemak semula tindakan, peninggalan atau keputusan, dsb., selepas kelulusan, dsb., kompromi atau perkiraan 369d. (1) Mahkamah boleh, atas permohonan mana-mana syarikat atau pemiutang yang terikat dengan kompromi atau perkiraan yang telah diluluskan oleh Mahkamah di bawah subseksyen 366(4) atau subseksyen 369c(1), menjelaskan apa-apa terma kompromi atau perkiraan.
Syarikat (Pindaan)
(2)
Jika Mahkamah berpuas hati bahawa syarikat telah melakukan suatu tindakan atau peninggalan, atau membuat keputusan, yang mengakibatkan pelanggaran apa-apa terma kompromi atau perkiraan itu, Mahkamah boleh, atas permohonan mana-mana pemiutang yang terikat dengan kompromi atau perkiraan itu—
(a)
mengesahkan, mengakas atau mengubah suai tindakan, peninggalan atau keputusan syarikat itu; atau
(b)
memberikan apa-apa arahan atau membuat apa-apa perintah yang difikirkan patut oleh Mahkamah untuk membetulkan tindakan, peninggalan atau keputusan syarikat itu.
(3)
Tiada penjelasan atau perintah yang dibuat, dan tiada arahan yang diberikan, oleh Mahkamah di bawah subseksyen (1)
atau (2) boleh mengubah atau menjejaskan hak mana-mana orang di bawah terma kompromi atau perkiraan itu.”.
Penggantian seksyen 395