Skip to content
In forceAs enactedRead it in English

20c. Section 20c

(1)

Bagi maksud Akta ini dan undang-undang yang dinyatakan dalam Jadual Pertama, Suruhanjaya boleh mengeluarkan garis panduan, nota amalan, notis atau pekeliling yang difikirkannya sesuai dan boleh mengenakan apa-apa syarat atau sekatan yang difikirkan patut oleh Suruhanjaya.

(2)

Seseorang yang kepadanya garis panduan, nota amalan, notis atau pekeliling yang disebut dalam subseksyen (1)

terpakai hendaklah mematuhi dan melaksanakan garis panduan, nota amalan, notis atau pekeliling itu.

(3)

Suruhanjaya boleh membatalkan, mengubah, menyemak semula atau meminda keseluruhan atau mana-mana bahagian apa-apa garis panduan, nota amalan, notis atau pekeliling yang dikeluarkan di bawah seksyen ini.

Kuasa untuk menyiarkan maklumat 20d.  (1)  Jika Suruhanjaya atau Pendaftar fikirkan bahawa perlu atau suai manfaat demi kepentingan awam atau bagi perlindungan pemegang syer, Suruhanjaya atau Pendaftar boleh menyiarkan apa-apa maklumat dalam apa-apa bentuk atau cara berhubung dengan—

(a)

pemberian, peluputan, pembaharuan, pembatalan atau penggantungan lesen, kelulusan atau pengecualian, di bawah Akta ini atau undang-undang yang dinyatakan dalam Jadual Pertama kepada mana-mana orang;

(b)

pengenaan syarat atau sekatan di bawah Akta ini atau undang-undang yang dinyatakan dalam Jadual Pertama kepada mana-mana orang;

(c)

apa-apa tindakan yang diambil di bawah seksyen 20e;

Undang-Undang Malaysia 10

(d)

suatu perintah oleh Mahkamah berhubung dengan kehilangan kelayakan pengarah;

(e)

pengkompaunan apa-apa kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana undang-undang lain, sama ada undang-undang Malaysia atau mana-mana wilayah atau negara di luar Malaysia;

(f)

apa-apa prosiding sivil atau jenayah yang dibawa terhadap mana-mana orang di bawah Akta ini atau mana-mana undang-undang lain, sama ada undang-undang Malaysia atau mana-mana wilayah atau negara di luar Malaysia, termasuklah keputusan prosiding itu; atau

(g)

apa-apa maklumat lain yang difikirkan sesuai oleh

Suruhanjaya atau Pendaftar demi kepentingan awam atau perlindungan pemegang syer.

(2)

Suruhajaya atau Pendaftar tidak boleh menyiarkan apa-apa maklumat yang diperoleh daripada borang atau pulangan yang dikehendaki supaya diserah simpan dengan

Pendaftar di bawah undang-undang yang dinyatakan dalam

Jadual Pertama.

Kuasa untuk mengambil tindakan 20e.  (1)  Seseorang melakukan pelanggaran jika—

(a)

dia tidak mematuhi mana-mana peruntukan Akta ini atau undang-undang yang dinyatakan dalam Jadual

Pertama;

(b)

dia tidak mematuhi atau melaksanakan apa-apa garis panduan, nota amalan, notis atau pekeliling yang dikeluarkan di bawah seksyen 20c; atau

(c)

dia tidak mematuhi atau melaksanakan apa-apa syarat atau sekatan yang dikenakan di bawah seksyen 20c.

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (Pindaan)

(2)

Jika seseorang itu telah melakukan suatu pelanggaran dan Suruhanjaya atau Pendaftar berpuas hati bahawa adalah sesuai dalam semua hal keadaan untuk mengambil tindakan terhadap orang itu, Suruhanjaya atau Pendaftar boleh mengambil mana-mana satu atau lebih tindakan yang berikut:

(a)

mengarahkan orang itu untuk mematuhi atau melaksanakan peruntukan Akta ini atau undang-undang yang dinyatakan dalam Jadual Pertama, garis panduan, nota amalan, notis, pekeliling, syarat atau sekatan itu;

(b)

mengenakan penalti pentadbiran, yang sepadan dengan seriusnya atau beratnya pelanggaran itu, tetapi dalam apa jua keadaan tidak melebihi lima ratus ribu ringgit;

(c)

mencela orang itu; atau

(d)

mengarahkan orang itu untuk mengambil langkah yang perlu untuk meremedi pelanggaran itu atau mengurangkan kesan pelanggaran itu, termasuklah membuat restitusi kepada mana-mana orang yang terkilan oleh pelanggaran itu.

(3)

Suruhanjaya atau Pendaftar hendaklah memberikan suatu notis bertulis kepada orang yang telah melakukan pelanggaran tentang niatnya untuk mengambil tindakan di bawah subseksyen (2) dan hendaklah memberi orang itu peluang untuk didengari.

(4)

Jika orang itu tidak mematuhi arahan yang diberikan oleh Suruhanjaya atau Pendaftar di bawah perenggan (2)(a)

dan (d), Suruhanjaya atau Pendaftar boleh memohon kepada

Mahkamah bagi satu atau lebih perintah yang berikut:

(a)

suatu perintah yang mengarahkan orang itu untuk mematuhi arahan yang diberikan oleh Pendaftar;

(b)

suatu perintah yang mengarahkan orang itu untuk membayar apa-apa kos yang ditanggung oleh

Pendaftar atau mana-mana orang lain disebabkan oleh ketidakpatuhan arahan yang diberikan oleh Pendaftar, yang timbul daripada ketidakpatuhan arahan itu; atau

Undang-Undang Malaysia 12

(c)

apa-apa perintah lain yang difikirkan sesuai oleh

Mahkamah.

(5)

Jika seseorang tidak membayar penalti pentadbiran yang dikenakan oleh Suruhanjaya atau Pendaftar di bawah perenggan (2)(b), penalti pentadbiran yang dikenakan oleh

Suruhanjaya atau Pendaftar itu boleh didapatkan sebagai suatu hutang sivil yang kena dibayar kepada Suruhanjaya atau Pendaftar, mengikut mana-mana yang berkenaan.

(6)

Bagi maksud perenggan (2)(d), dalam menentukan sama ada atau tidak restitusi kena dibuat oleh orang itu,

Suruhanjaya atau Pendaftar hendaklah memberikan perhatian kepada—

(a)

keuntungan yang telah terakru kepada orang itu;

atau

(b)

sama ada satu atau lebih orang telah mengalami kerugian atau selainnya terjejas akibat daripada pelanggaran itu.

(7)

Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh menjejaskan perjalanan mana-mana seksyen yang mengenakan hukuman ke atas mana-mana orang berkenaan dengan apa-apa kegagalan di bawah subseksyen (1), mahupun apa-apa kuasa yang

Suruhanjaya, Pendaftar, mana-mana orang lain atau Mahkamah ada di bawah Akta ini atau undang-undang yang dinyatakan dalam Jadual Pertama.

Report

Bahagian IIIC

Schedules