Amendment Act · As enacted · 1 part
Akta Suruhanjaya Syarikat Malaysia (Pindaan) 2015
Amends the Companies Commission of Malaysia Act 2001Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Akta ini bolehlah dinamakan Akta Suruhanjaya Syarikat
Malaysia (Pindaan) 2015.
Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta dan Menteri boleh menetapkan tarikh yang berlainan bagi permulaan kuat kuasa bahagian yang berlainan atau peruntukan yang berlainan dalam Akta ini.
s 2Pindaan seksyen 2
Akta Suruhanjaya Syarikat Malaysia 2001 [Akta 614], yang disebut “Akta ibu” dalam Akta ini, dipinda dalam seksyen 2—
dengan memasukkan selepas takrif “anggota” takrif yang berikut:
‘ “entiti perniagaan” ertinya—
dalam hal Akta Pendaftaran Perniagaan 1956
[Akta 197], mana-mana pemilik tunggal atau perkongsian;
UNDANG-UNDANG malaysia
Akta suruhanjaya syarikat malaysia
(Pindaan) 2015
Undang-Undang Malaysia 4
dalam hal Akta Syarikat 1965 [Akta 125], syarikat, perbadanan atau syarikat asing; dan
dalam hal Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012 [Akta 743], perkongsian liabiliti terhad atau perkongsian liabiliti terhad asing;
“dokumen” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta Keterangan 1950 [Akta 56];’;
dengan menggantikan takrif “Menteri” dengan takrif yang berikut:
‘ “Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi pendaftaran syarikat, syarikat amanah, perniagaan dan perkongsian liabiliti terhad;’;
dengan memasukkan selepas takrif “Menteri” takrif yang berikut:
‘ “Pendaftar” ertinya Pendaftar yang ditetapkan di bawah subseksyen 20a(1);’; dan
dengan memasukkan selepas takrif “perbadanan” takrif yang berikut:
‘ “perkongsian liabiliti terhad” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta Perkongsian Liabiliti
Terhad 2012;’.
s 3Penggantian seksyen 6
Akta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 6 dengan seksyen yang berikut:
s 6“Keanggotaan Suruhanjaya
Suruhanjaya hendaklah terdiri daripada anggota yang berikut yang hendaklah dilantik oleh Menteri:
seorang Pengerusi;
Ketua Pegawai Eksekutif;
Suruhanjaya Syarikat Malaysia (Pindaan)
tidak lebih daripada tiga orang daripada perkhidmatan awam; dan
tidak lebih daripada empat orang yang merupakan orang berkelayakan sebagaimana yang ditakrifkan dalam Akta Profesion Undang-Undang 1976
[Akta 166] atau orang yang mempunyai pengetahuan atau pengalaman yang berkaitan dalam perkara komersial atau syarikat.
Menteri boleh melantik mana-mana anggota Suruhanjaya, selain Ketua Pegawai Eksekutif, untuk bertindak sebagai pemangku Pengerusi bagi tempoh apabila—
jawatan Pengerusi kosong;
Pengerusi tidak hadir melaksanakan kewajipannya atau tiada di Malaysia; atau
Pengerusi, atas apa-apa sebab lain, tidak dapat melaksanakan kewajipan jawatannya.”.
s 4Pindaan seksyen 9
Perenggan 9(b) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan
“dan dijatuhi hukuman” dengan perkataan “yang boleh dihukum dengan”.
s 5Penggantian seksyen 11
Akta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 11 dengan seksyen yang berikut:
“Ketua Pegawai Eksekutif dan Timbalan Ketua Pegawai
s 11Eksekutif
Menteri hendaklah melantik mana-mana orang sebagai
Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya atas terma dan syarat yang ditentukannya dan boleh membatalkan pelantikan mana-mana orang yang dilantik sedemikian.
Ketua Pegawai Eksekutif yang dilantik di bawah subseksyen (1) hendaklah—
orang berkelayakan sebagaimana yang ditakrifkan dalam Akta Profesion Undang-Undang 1976; atau
Undang-Undang Malaysia 6
mempunyai pengetahuan atau pengalaman yang berkaitan dalam perkara komersial atau syarikat.
Ketua Pegawai Eksekutif hendaklah bertanggungjawab bagi pentadbiran harian Suruhanjaya.
Menteri boleh melantik apa-apa bilangan Timbalan
Ketua Pegawai Eksekutif sebagaimana yang perlu dan boleh membatalkan pelantikan mana-mana orang yang dilantik sedemikian.
Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif hendaklah tertakluk kepada arahan dan kawalan Ketua Pegawai Eksekutif dan boleh melaksanakan kewajipan Ketua Pegawai Eksekutif di bawah Akta ini.
Menteri boleh melantik mana-mana orang yang disebut dalam subseksyen (4) atau mana-mana orang lain sebagaimana yang difikirkannya sesuai untuk bertindak sebagai pemangku
Ketua Pegawai Eksekutif bagi tempoh apabila—
jawatan Ketua Pegawai Eksekutif kosong; atau
Ketua Pegawai Eksekutif, atas apa-apa sebab lain, tidak dapat melaksanakan kewajipan jawatannya.”.
s 6Pindaan seksyen 17
Perenggan 17(d) Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas perkataan “pentadbiran korporat yang baik” perkataan “dan untuk merangsang dan untuk menggalakkan tanggungjawab korporat dan kemampanan perniagaan;”.
s 7Pindaan seksyen 18
Subseksyen 18(2) Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas perenggan (e) perenggan yang berikut:
“(ea) untuk membuat, menjalankan dan melaksanakan program pendidikan dan latihan yang berhubungan dengan undang-undang yang dinyatakan dalam Jadual Pertama;
Suruhanjaya Syarikat Malaysia (Pindaan)
7
untuk memberikan dan membaharui lesen di bawah Akta ini atau undang-undang yang dinyatakan dalam Jadual
Pertama;”.
s 8Penggantian seksyen 20
Akta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 20 dengan seksyen yang berikut:
Suruhanjaya boleh mewakilkan mana-mana fungsi atau kuasanya di bawah Akta ini kepada—
mana-mana anggota Suruhanjaya;
suatu jawatankuasa yang ditubuhkan oleh
Suruhanjaya;
Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya;
mana-mana Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif
Suruhanjaya;
Pendaftar; atau
mana-mana pekerja Suruhanjaya.
Mana-mana orang yang diwakilkan dengan fungsi atau kuasa sedemikian hendaklah mematuhi semua syarat atau sekatan yang dikenakan oleh Suruhanjaya dan semua kehendak, tatacara dan perkara yang dinyatakan oleh Suruhanjaya.
Apa-apa fungsi atau kuasa yang diwakilkan di bawah seksyen ini hendaklah dilaksanakan dan dijalankan atas nama dan bagi pihak Suruhanjaya.
Pewakilan di bawah seksyen ini tidaklah menghalang
Suruhanjaya daripada melaksanakan atau menjalankan sendiri mana-mana fungsi atau kuasa yang diwakilkan itu pada bila-bila masa.”.
Undang-Undang Malaysia 8
s 9Bahagian baru IIIa, IIIb dan IIIc
Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas Bahagian III
Bahagian yang berikut:
“Bahagian IIIa
FUNGSI DAN KUASA PENDAFTAR
Pendaftar, Timbalan Pendaftar dan Penolong Pendaftar 20a. (1) Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya hendaklah menjadi Pendaftar bagi maksud undang-undang yang dinyatakan dalam Jadual Pertama.
Suruhanjaya boleh melantik apa-apa bilangan Timbalan
Pendaftar, Penolong Pendaftar atau pekerja lain, daripada kalangan orang dalam penggajian Suruhanjaya, bagi pelaksanaan yang sepatutnya undang-undang yang dinyatakan dalam
Jadual Pertama atas terma dan syarat yang ditentukannya dan boleh membatalkan pelantikan mana-mana orang yang dilantik sedemikian.
Tertakluk kepada arahan dan kawalan am Pendaftar dan apa-apa sekatan dan batasan yang ditetapkan, apa-apa jua oleh
Akta ini atau undang-undang yang dinyatakan dalam Jadual
Pertama yang dilantik atau dibenarkan atau dikehendaki untuk dilakukan atau ditandatangani oleh Pendaftar boleh dilakukan atau ditandatangani oleh mana-mana Timbalan Pendaftar atau
Penolong Pendaftar dan adalah sah dan berkesan seolah-olah dilakukan atau ditandatangani oleh Pendaftar.
Mahkamah hendaklah memberikan pengiktirafan kehakiman akan meterai, dsb. Pendaftar, dsb.
s 20bSection 20b
Mahkamah hendaklah memberikan pengiktirafan kehakiman akan meterai dan tandatangan Pendaftar, Timbalan
Pendaftar atau Penolong Pendaftar, mengikut mana-mana yang berkenaan.
Suruhanjaya Syarikat Malaysia (Pindaan)
9
Bahagian IIIb
PENGELUARAN GARIS PANDUAN, NOTA AMALAN, DSB.
Kuasa untuk mengeluarkan garis panduan, nota amalan, dsb.
s 20cSection 20c
Bagi maksud Akta ini dan undang-undang yang dinyatakan dalam Jadual Pertama, Suruhanjaya boleh mengeluarkan garis panduan, nota amalan, notis atau pekeliling yang difikirkannya sesuai dan boleh mengenakan apa-apa syarat atau sekatan yang difikirkan patut oleh Suruhanjaya.
Seseorang yang kepadanya garis panduan, nota amalan, notis atau pekeliling yang disebut dalam subseksyen (1)
terpakai hendaklah mematuhi dan melaksanakan garis panduan, nota amalan, notis atau pekeliling itu.
Suruhanjaya boleh membatalkan, mengubah, menyemak semula atau meminda keseluruhan atau mana-mana bahagian apa-apa garis panduan, nota amalan, notis atau pekeliling yang dikeluarkan di bawah seksyen ini.
Kuasa untuk menyiarkan maklumat 20d. (1) Jika Suruhanjaya atau Pendaftar fikirkan bahawa perlu atau suai manfaat demi kepentingan awam atau bagi perlindungan pemegang syer, Suruhanjaya atau Pendaftar boleh menyiarkan apa-apa maklumat dalam apa-apa bentuk atau cara berhubung dengan—
pemberian, peluputan, pembaharuan, pembatalan atau penggantungan lesen, kelulusan atau pengecualian, di bawah Akta ini atau undang-undang yang dinyatakan dalam Jadual Pertama kepada mana-mana orang;
pengenaan syarat atau sekatan di bawah Akta ini atau undang-undang yang dinyatakan dalam Jadual Pertama kepada mana-mana orang;
apa-apa tindakan yang diambil di bawah seksyen 20e;
Undang-Undang Malaysia 10
suatu perintah oleh Mahkamah berhubung dengan kehilangan kelayakan pengarah;
pengkompaunan apa-apa kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana undang-undang lain, sama ada undang-undang Malaysia atau mana-mana wilayah atau negara di luar Malaysia;
apa-apa prosiding sivil atau jenayah yang dibawa terhadap mana-mana orang di bawah Akta ini atau mana-mana undang-undang lain, sama ada undang-undang Malaysia atau mana-mana wilayah atau negara di luar Malaysia, termasuklah keputusan prosiding itu; atau
apa-apa maklumat lain yang difikirkan sesuai oleh
Suruhanjaya atau Pendaftar demi kepentingan awam atau perlindungan pemegang syer.
Suruhajaya atau Pendaftar tidak boleh menyiarkan apa-apa maklumat yang diperoleh daripada borang atau pulangan yang dikehendaki supaya diserah simpan dengan
Pendaftar di bawah undang-undang yang dinyatakan dalam
Jadual Pertama.
Kuasa untuk mengambil tindakan 20e. (1) Seseorang melakukan pelanggaran jika—
dia tidak mematuhi mana-mana peruntukan Akta ini atau undang-undang yang dinyatakan dalam Jadual
Pertama;
dia tidak mematuhi atau melaksanakan apa-apa garis panduan, nota amalan, notis atau pekeliling yang dikeluarkan di bawah seksyen 20c; atau
dia tidak mematuhi atau melaksanakan apa-apa syarat atau sekatan yang dikenakan di bawah seksyen 20c.
Suruhanjaya Syarikat Malaysia (Pindaan)
Jika seseorang itu telah melakukan suatu pelanggaran dan Suruhanjaya atau Pendaftar berpuas hati bahawa adalah sesuai dalam semua hal keadaan untuk mengambil tindakan terhadap orang itu, Suruhanjaya atau Pendaftar boleh mengambil mana-mana satu atau lebih tindakan yang berikut:
mengarahkan orang itu untuk mematuhi atau melaksanakan peruntukan Akta ini atau undang-undang yang dinyatakan dalam Jadual Pertama, garis panduan, nota amalan, notis, pekeliling, syarat atau sekatan itu;
mengenakan penalti pentadbiran, yang sepadan dengan seriusnya atau beratnya pelanggaran itu, tetapi dalam apa jua keadaan tidak melebihi lima ratus ribu ringgit;
mencela orang itu; atau
mengarahkan orang itu untuk mengambil langkah yang perlu untuk meremedi pelanggaran itu atau mengurangkan kesan pelanggaran itu, termasuklah membuat restitusi kepada mana-mana orang yang terkilan oleh pelanggaran itu.
Suruhanjaya atau Pendaftar hendaklah memberikan suatu notis bertulis kepada orang yang telah melakukan pelanggaran tentang niatnya untuk mengambil tindakan di bawah subseksyen (2) dan hendaklah memberi orang itu peluang untuk didengari.
Jika orang itu tidak mematuhi arahan yang diberikan oleh Suruhanjaya atau Pendaftar di bawah perenggan (2)(a)
dan (d), Suruhanjaya atau Pendaftar boleh memohon kepada
Mahkamah bagi satu atau lebih perintah yang berikut:
suatu perintah yang mengarahkan orang itu untuk mematuhi arahan yang diberikan oleh Pendaftar;
suatu perintah yang mengarahkan orang itu untuk membayar apa-apa kos yang ditanggung oleh
Pendaftar atau mana-mana orang lain disebabkan oleh ketidakpatuhan arahan yang diberikan oleh Pendaftar, yang timbul daripada ketidakpatuhan arahan itu; atau
Undang-Undang Malaysia 12
apa-apa perintah lain yang difikirkan sesuai oleh
Mahkamah.
Jika seseorang tidak membayar penalti pentadbiran yang dikenakan oleh Suruhanjaya atau Pendaftar di bawah perenggan (2)(b), penalti pentadbiran yang dikenakan oleh
Suruhanjaya atau Pendaftar itu boleh didapatkan sebagai suatu hutang sivil yang kena dibayar kepada Suruhanjaya atau Pendaftar, mengikut mana-mana yang berkenaan.
Bagi maksud perenggan (2)(d), dalam menentukan sama ada atau tidak restitusi kena dibuat oleh orang itu,
Suruhanjaya atau Pendaftar hendaklah memberikan perhatian kepada—
keuntungan yang telah terakru kepada orang itu;
atau
sama ada satu atau lebih orang telah mengalami kerugian atau selainnya terjejas akibat daripada pelanggaran itu.
Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh menjejaskan perjalanan mana-mana seksyen yang mengenakan hukuman ke atas mana-mana orang berkenaan dengan apa-apa kegagalan di bawah subseksyen (1), mahupun apa-apa kuasa yang
Suruhanjaya, Pendaftar, mana-mana orang lain atau Mahkamah ada di bawah Akta ini atau undang-undang yang dinyatakan dalam Jadual Pertama.