Skip to content
In forceUpdated to 1 Jan 2006Read it in English

Act of Parliament

Consular Relations (Vienna Convention) Act 1999

Feedback & supportConsular relations, giving effect to an international convention

Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged

(1)

Akta ini bolehlah dinamakan Akta Hubungan Konsular

(Konvensyen Vienna) 1999.

(2)

Akta ini hendaklah disifatkan telah mula berkuat kuasa pada 1 November 1991.

(3)

Akta ini hendaklah terpakai di seluruh Malaysia.

(1)

Tertakluk kepada seksyen 4, Perkara-Perkara yang dinyatakan dalam Jadual (yang merupakan Perkara-Perkara Konvensyen Vienna mengenai Hubungan Konsular yang ditandatangani dalam tahun

1963) hendaklah mempunyai kuat kuasa undang-undang di Malaysia dan bagi maksud itu hendaklah ditafsirkan mengikut peruntukan yang berikut seksyen ini.

(2)

Dalam Perkara-Perkara itu—

“pihak berkuasa Negara penerima” hendaklah ditafsirkan sebagai termasuk mana-mana pegawai polis dan mana-mana orang yang menjalankan kuasa memasuki mana-mana premis di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berkuat kuasa di Malaysia;

“rakyat Negara penerima” hendaklah ditafsirkan sebagai bererti seseorang warganegara.

(3)

Bagi maksud Perkara 45, sesuatu penepian oleh ketua sesuatu jawatan konsular mana-mana Negara atau mana-mana orang yang sedang melaksanakan fungsinya hendaklah disifatkan sebagai suatu penepian oleh Negara itu.

(4)

Perkara 32, 39, 46, 47, 48, 49, 50, 52, 54, 58, 60, 62, 65,

66 dan 67 hendaklah ditafsirkan sebagai memberikan apa-apa keistimewaan atau kekebalan yang dikehendaki olehnya supaya diberikan.

Hubungan Konsular (Konvensyen Vienna)

(5)

Sebutan dalam Perkara 71 mengenai takat yang apa-apa keistimewaan dan kekebalan diterima oleh Negara penerima dan mengenai keistimewaan dan kekebalan tambahan yang mungkin diberikan oleh Negara penerima hendaklah ditafsirkan masing-masingnya sebagai sebutan mengenai takat yang apa-apa keistimewaan dan kekebalan mungkin ditentukan oleh Yang di-Pertuan Agong melalui perintah yang disiarkan dalam Warta dan mengenai apa-apa keistimewaan dan kekebalan tambahan yang mungkin ditentukan sedemikian.

s 3Tafsiran

Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

“Konvensyen 1963” ertinya Konvensyen Vienna mengenai

Hubungan Konsular 1963;

“Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi hal ehwal luar negeri.

s 4Pemakaian Akta

Akta ini hendaklah terpakai—

(a)

bagi mana-mana Negara yang menjadi pihak kepada

Konvensyen 1963;

(b)

setakat dan dengan apa-apa ubah suaian yang didapati perlu oleh Yang di-Pertuan Agong, bagi mana-mana Negara, yang bukan suatu Negara yang menjadi pihak kepada

Konvensyen 1963, yang diisytiharkan olehnya sebagai suatu Negara yang baginya Akta ini terpakai melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, iaitu Negara yang dengannya telah dibuat oleh atau bagi pihak Malaysia suatu konvensyen konsular yang memperuntukkan perkara yang peruntukan mengenainya dibuat dalam Akta ini;

dan

(c)

setakat dan dengan apa-apa ubah suaian yang didapati perlu oleh Yang di-Pertuan Agong, bagi mana-mana badan atau entiti politik yang ditentukan olehnya melalui perintah yang disiarkan dalam Warta.

Undang-Undang Malaysia

AKTA 595 8

s 5Peremitan cukai, caj, duti dan fi

Yang di-Pertuan Agong boleh memperuntukkan bahawa apa-apa cukai, caj, duti atau fi, yang dikenakan atau dipungut di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berkuat kuasa di Malaysia atau di mana-mana Negeri anggota di Malaysia atau mana-mana bahagiannya oleh Kerajaan Malaysia atau Kerajaan mana-mana

Negeri anggota itu atau oleh mana-mana Perbandaran, Lembaga

Bandaran atau pihak berkuasa awam yang lain di Malaysia, dan yang kena dibayar oleh Kerajaan mana-mana Negara atau oleh pegawai konsular atau pekerja konsular Negara itu hendaklah diremit, apabila, pada pendapat Yang di-Pertuan Agong, peremitan itu patut diberikan oleh sebab layanan yang diberikan kepada Kerajaan

Malaysia atau kakitangan konsularnya oleh Negara itu.

(1)

Jika didapati oleh Yang di-Pertuan Agong bahawa keistimewaan dan kekebalan yang diberikan kepada sesuatu jawatan konsular Malaysia di wilayah mana mana Negara, atau kepada orang yang berkaitan dengan jawatan konsular itu, adalah kurang daripada yang diberikan oleh Akta ini kepada jawatan konsular

Negara itu atau kepada orang yang berkaitan dengan jawatan konsular itu, Yang di-Pertuan Agong boleh, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, menarik balik keistimewaan dan kekebalan yang diberikan sedemikian daripada jawatan konsular Negara itu atau daripada mana mana orang yang berkaitan dengannya sebagaimana yang difikirkannya patut.

(2)

Suatu perintah di bawah seksyen ini hendaklah tidak diendahkan bagi maksud subseksyen 1(2) Bahagian I dan subseksyen 2(1) Bahagian II Jadual Kedua kepada Perlembagaan (yang berhubungan dengan kewarganegaraan anak-anak orang tertentu yang mempunyai kekebalan diplomatik).

s 7Keterangan

Jika dalam apa-apa prosiding timbul persoalan sama ada atau tidak mana-mana orang berhak mendapat apa-apa keistimewaan atau kekebalan di bawah Akta ini, suatu perakuan yang dikeluarkan oleh atau di bawah kuasa Menteri yang menyatakan apa-apa fakta yang berhubungan dengan persoalan itu hendaklah menjadi keterangan konklusif mengenai fakta itu.

Hubungan Konsular (Konvensyen Vienna)

(1)

Jika mana-mana perjanjian atau perkiraan khas antara Kerajaan mana-mana Negara dengan Kerajaan Malaysia yang berkuat kuasa pada permulaan kuat kuasa Akta ini mengadakan peruntukan bagi meluaskan—

(a)

apa-apa kekebalan daripada bidang kuasa dan daripada penangkapan atau penahanan, dan apa-apa ketakbolehcabulan kediaman, sebagaimana yang diberikan oleh Akta ini kepada seseorang pekerja konsular; atau

(b)

apa-apa pengecualian daripada duti kastam, cukai dan caj yang berhubungan yang diberikan oleh Akta ini berkenaan dengan barang bagi kegunaan peribadi seseorang pekerja konsular, kepada mana-mana golongan orang, atau kepada barang bagi kegunaan peribadi mana-mana golongan orang, yang berkaitan dengan jawatan konsular Negara itu, kekebalan dan ketakbolehcabulan atau pengecualian itu hendaklah diluaskan sedemikian, selagi persetujuan atau perkiraan itu terus berkuat kuasa.

(2)

Menteri hendaklah menyiarkan dalam Warta suatu notis yang menyatakan Negara-Negara yang dengannya dan golongan orang yang berkenaan dengannya suatu perjanjian atau perkiraan yang disebut dalam subseksyen (1) sedang berkuat kuasa dan sama ada kesannya adalah sebagaimana yang disebut dalam perenggan

(1)

(a)

atau (b), dan hendaklah apabila perlu meminda notis itu dengan suatu notis sedemikian yang selanjutnya; dan notis itu hendaklah menjadi keterangan konklusif mengenai perjanjian atau perkiraan itu dan golongan orang yang berkenaan dengannya ia berkuat kuasa.

(1)

Walau apa pun peruntukan mana-mana undang-undang bertulis yang berlawanan, adalah sah bagi tanah di mana-mana bahagian

Malaysia atau apa-apa kepentingan mengenai tanah itu diberikan, diberimilikkan, dipajakkan atau dipindahkan hakmilik kepada atau dipunyai atau dipegang oleh—

(a)

mana-mana Negara—

(i)

bagi maksud pejabat konsular Negara itu atau bagi kediaman seseorang pegawai konsular Negara itu; atau

Undang-Undang Malaysia

AKTA 595 10

(ii)

bagi apa-apa maksud konsular yang lain yang diluluskan oleh Menteri; atau

(b)

mana-mana Negara yang diberi kuasa atau berhak mempunyai atau memegang tanah atau apa-apa kepentingan mengenai tanah di Malaysia di bawah mana-mana triti, konvensyen atau perjanjian yang kepadanya Malaysia menjadi suatu pihak, bagi apa-apa maksud yang dinyatakan dalam triti, konvensyen atau perjanjian itu.

(2)

Jika menurut kuasa subseksyen (1), adalah sah bagi tanah atau sesuatu kepentingan mengenai tanah untuk diberikan, diberimilikkan, dipajakkan atau dipindahkan hakmilik kepada atau dipunyai atau dipegang oleh mana-mana Negara, maka tanah atau kepentingan itu boleh diberikan, diberimilikkan, dipajakkan atau dipindahkan hakmilik kepada atau dipunyai atau dipegang oleh

Negara itu atas namanya sendiri atau bagi pihaknya kepada atau oleh mana-mana orang yang dinamakan bagi maksud subseksyen ini sama ada pada amnya atau dalam sesuatu hal tertentu melalui surat yang dialamatkan kepada Menteri oleh atau bagi pihak Negara itu dan Negara atau orang itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah didaftarkan sewajarnya sebagai tuan punya, penerima pajak atau selainnya, mengikut kehendak keadaan, dalam mana-mana daftar yang disimpan di bawah peruntukan Kanun Tanah

Negara [Akta 56/1965], Ordinan Tanah Sabah [Sabah Bab 68] atau

Kanun Tanah Sarawak [Sarawak Bab 81], mengikut mana-mana yang berkenaan.

(3)

Bagi maksud subseksyen (2), sesuatu Negara boleh menamakan sesuatu pertubuhan perbadanan yang diperbadankan oleh atau di bawah undang-undang Malaysia atau undang-undang Negara itu atau seseorang individu yang dinamakan dengan nama atau dengan gelaran apa-apa jawatan yang dipegang olehnya dalam kerajaan

Negara itu dan jika mana-mana orang dinamakan dengan gelaran sesuatu jawatan, maka apa-apa hak, kuasa atau obligasi yang menurut kuasa penamaannya itu dia menjadi berhak kepadanya atau bertanggungan ke atasnya pada tarikh dia mengosongkan jawatannya hendaklah disifatkan telah dipindahkan kepada atau dikenakan ke atas penggantinya yang sedang memegang jawatan itu dalam semua hal seolah-olah pemegang jawatan itu ialah perbadanan seorang.

Hubungan Konsular (Konvensyen Vienna)

(4)

Penamaan yang dibuat di bawah subseksyen (2) boleh dibatalkan pada bila-bila masa dan suatu penamaan yang baru dibuat mengikut cara yang diperuntukkan oleh subseksyen itu dan dalam keadaan itu apa-apa hak, kuasa atau obligasi yang menurut kuasa penamaannya itu orang yang dulunya dinamakan menjadi berhak kepadanya atau bertanggungan ke atasnya pada tarikh penamaannya dibatalkan hendaklah dipindahkan kepada orang yang terakhir dinamakan mengikut apa-apa cara yang diperuntukkan oleh kaedah-kaedah yang dibuat di bawah subseksyen (6).

(5)

Bagi maksud apa-apa urusan mengenai mana-mana tanah atau kepentingan mengenai mana-mana tanah yang terletak hak pada nama sesuatu Negara, mana-mana orang yang diberi kuasa bagi maksud subseksyen ini sama ada pada amnya atau dalam sesuatu hal tertentu melalui surat yang dialamatkan kepada Menteri oleh atau bagi pihak Negara itu boleh, oleh sebab pemberikuasaan itu, menyempurnakan semua atau mana-mana surat cara dan melakukan apa-apa perbuatan atau benda lain bagi memberikan kuat kuasa kepada apa-apa urusan mengenai tanah sedemikian bagi pihak Negara itu mengikut cara yang sama dan ke takat yang sama seolah-olah orang itu telah diberi kuasa untuk berbuat demikian oleh suatu surat kuasa wakil yang sah yang dihantar serah dengan sewajarnya di bawah peruntukan Kanun Tanah Negara, Ordinan

Tanah Sabah atau Kanun Tanah Sarawak, mengikut mana-mana yang berkenaan.

(6)

Yang di-Pertuan Agong boleh membuat kaedah-kaedah bagi maksud melaksanakan seksyen ini.

(1)

Jika mana-mana rakyat sesuatu Negara yang baginya Akta ini terpakai dinamakan sebagai wasi wasiat seseorang orang yang sudah mati yang melupuskan harta di Malaysia atau selainnya ialah seseorang yang kepadanya suatu surat perwakilan boleh diberikan oleh mana-mana mahkamah di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berkuat kuasa di Malaysia atau di mana-mana Negeri anggota di Malaysia berhubung dengan probet wasiat atau pentadbiran harta pusaka orang yang sudah mati, maka, jika mahkamah itu berpuas hati atas permohonan seseorang pegawai

Konsular Negara itu bahawa rakyat itu tidak bermastautin di Malaysia dan jika tiada permohonan bagi mendapatkan surat perwakilan sedemikian dibuat oleh seseorang yang diberi kuasa dengan

Undang-Undang Malaysia

AKTA 595 12

sewajarnya di bawah undang-undang itu melalui surat kuasa wakil untuk bertindak bagi pihaknya bagi maksud itu, mahkamah hendaklah memberi pegawai itu apa-apa surat perwakilan sedemikian bagi harta pusaka orang yang sudah mati itu sebagaimana yang akan diberikan kepadanya jika dia diberi kuasa sedermikian sebagaimana yang disebut terdahulu:

Dengan syarat bahawa mahkamah boleh, jika difikirkannya patut, menangguhkan pemberian surat menurut kuasa seksyen ini selama apa-apa tempoh yang difikirkan wajar oleh mahkamah dengan mengambil kira hal keadaan kes itu.

(2)

Jika mana-mana orang yang merupakan rakyat atau warganegara sesuatu Negara yang baginya Akta ini terpakai—

(a)

berhak mendapat apa-apa wang atau harta lain di Malaysia yang menjadi sebahagian daripada harta pusaka seseorang orang yang sudah mati atau menerima pembayaran apa-apa wang di Malaysia yang menjadi kena dibayar atas kematian seseorang orang yang sudah mati; atau

(b)

ialah antara orang yang kepadanya apa-apa wang atau harta lain seseorang orang yang sudah mati boleh di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berkuat kuasa di Malaysia atau di mana-mana Negeri anggota di

Malaysia dibayar atau diserahkan tanpa pemberian probet atau bukti hakmilik yang lain, maka, jika rakyat atau warganegara itu tidak bermastautin di Malaysia, seseorang pegawai konsular Negara itu hendaklah mempunyai hak dan kuasa yang sama untuk menerima dan memberikan suatu pelepasan yang sah bagi mana-mana wang atau harta itu seolah-olah dia telah diberi kuasa dengan sewajarnya untuk bertindak bagi pihaknya bagi maksud itu oleh surat kuasa wakil:

Dengan syarat bahawa tiada seorang pun boleh diberi kuasa atau dikehendaki oleh subseksyen ini supaya membayar atau menyerahkan apa-apa wang atau harta kepada seseorang pegawai konsular jika diketahuinya bahawa mana-mana orang lain di Malaysia telah diberi kuasa secara nyata untuk menerima wang atau harta itu bagi pihak rakyat atau warganegara itu.

Hubungan Konsular (Konvensyen Vienna)

(3)

Walau apa pun apa-apa yang berlawanan dalam mana-mana undang-undang bertulis yang berkuat kuasa di Malaysia atau di mana-mana Negeri anggota di Malaysia, adalah sah bagi surat kuasa mentadbir bagi sesuatu harta pusaka untuk diberikan, menurut kuasa seksyen ini, kepada seorang pegawai konsular seorang sahaja, dan, apabila wakil diri yang sedia ada ialah seorang pegawai konsular yang dilantik menurut kuasa seksyen ini, adalah tidak perlu, dalam apa-apa hal, bagi wakil diri tambahan dilantik.

(4)

Apabila surat kuasa mentadbir diberikan atau apa-apa surat perwakilan diberikan kepada mana-mana pegawai konsular menurut kuasa seksyen ini, penjamin tidaklah dikehendaki bagi mana-mana bon pentadbiran yang diberikan oleh pegawai itu, walau apa pun peruntukan mana-mana undang-undang bertulis yang berkuat kuasa di Malaysia atau di mana-mana Negeri anggota di Malaysia.

(5)

Walau apa pun apa-apa kaedah undang-undang yang memberikan keistimewaan atau kekebalan berkenaan dengan perbuatan dan dokumen rasmi pegawai konsular, seseorang pegawai konsular tidak berhak mendapat apa-apa keistimewaan atau kekebalan berkenaan dengan mana-mana perbuatan yang dilakukan menurut kuasa-kuasa yang diberikan kepadanya oleh atau di bawah seksyen ini atau berkenaan dengan apa-apa dokumen yang sedang dalam miliknya yang berhubungan dengan perbuatan itu.

(6)

Suatu surat perwakilan yang diberikan menurut kuasa seksyen ini boleh dibuat kepada pegawai konsular melalui gelaran jawatan rasminya dan kepada penggantinya dalam jawatan itu dan jika suatu surat dibuat sedemikian, jawatan pentadbir dan segala harta pusaka, hak, duti dan liabiliti pentadbir (termasuk liabiliti di bawah bon pentadbiran) hendaklah terletak hak pada dan dikenakan ke atas orang yang sedang memegang jawatan itu dan tiada surat baru diperlukan hanya kerana kematian atau pengosongan jawatan orang yang kepadanya surat itu telah dibuat atau yang padanya surat itu terletak hak sebagaimana yang disebut terdahulu:

Dengan syarat bahawa tiada apa-apa jua dalam subseksyen ini boleh menyentuh apa-apa batasan yang terkandung dalam surat itu atau mana-mana kuasa mahkamah untuk membatalkan surat itu.

Undang-Undang Malaysia

AKTA 595 14

(1)

Tertakluk kepada subseksyen (2) dan (3), *Ordinan

Keistimewaan Diplomatik dan Konsular 1957 [Ord. No. 53 Tahun 1957], yang disebut “Ordinan” dalam seksyen ini, dipinda—

(a)

dalam subseksyen 2(1) dengan memotong takrif “consular employee”, “consular office” dan “consular officer”;

(b)

dengan memotong Bahagian IV;

(c)

dalam seksyen 8—

(i)

dengan memotong perkataan “or consular officer or consular employee” yang terdapat selepas perkataan “chief representative”; dan

(ii)

dengan memotong perkataan “or the consular staff thereof” yang terdapat sebelum perkataan “by such country”; dan

(d)

dalam perenggan 9(1)(a)—

(i)

dengan memotong perkataan “or for the purposes of a consular office of such country or for the residence of a consular officer or consular employee of such country” yang terdapat selepas perkataan

“official staff”; dan

(ii)

dengan memotong perkataan “or consular” yang terdapat selepas perkataan “diplomatic”.

(2)

Negara yang disebut di bawah perenggan 5(a) atau (b) Ordinan dan yang bukan anggota Konvensyen 1963 hendaklah terus menikmati keistimewaan dan kekebalan yang dinyatakan dalam seksyen 6

dan 7 Ordinan.

(3)

Bagi maksud Akta ini, keistimewaan dan kekebalan yang disebut di bawah subseksyen (2) hendaklah disifatkan sebagai keistimewaan dan kekebalan yang diisytiharkan oleh Yang di-Pertuan Agong di bawah perenggan 4(b) walau pun—

(a)

ada apa-apa perbezaan tentang jenis dan takat keistimewaan dan kekebalan itu dan keistimewaan dan kekebalan di bawah Konvensyen 1963; dan

(b)

sama ada atau tidak terdapat berkenaan dengan Negara itu suatu konvensyen konsular yang disebut di bawah perenggan 4(b).

*CATATAN—Ordinan Keistimewaan Diplomatik dan Konsular 1957 [Ord. No. 53 Tahun 1957]

telah dimansuhkan oleh Akta Keistimewaan Diplomatik (Konvensyen Vienna) (Pindaan) 1999

[Akta A1064]–lihat seksyen 5 Akta A1064.

Hubungan Konsular (Konvensyen Vienna)

Schedules