6. Sekatan ke atas keistimewaan dan kekebalan
Feedback & supportJika didapati oleh Yang di-Pertuan Agong bahawa keistimewaan dan kekebalan yang diberikan kepada sesuatu jawatan konsular Malaysia di wilayah mana mana Negara, atau kepada orang yang berkaitan dengan jawatan konsular itu, adalah kurang daripada yang diberikan oleh Akta ini kepada jawatan konsular
Negara itu atau kepada orang yang berkaitan dengan jawatan konsular itu, Yang di-Pertuan Agong boleh, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, menarik balik keistimewaan dan kekebalan yang diberikan sedemikian daripada jawatan konsular Negara itu atau daripada mana mana orang yang berkaitan dengannya sebagaimana yang difikirkannya patut.
Suatu perintah di bawah seksyen ini hendaklah tidak diendahkan bagi maksud subseksyen 1(2) Bahagian I dan subseksyen 2(1) Bahagian II Jadual Kedua kepada Perlembagaan (yang berhubungan dengan kewarganegaraan anak-anak orang tertentu yang mempunyai kekebalan diplomatik).