Act of Parliament · Updated to 1 Oct 2014
Corrosive and Explosive Substances and Offensive Weapons Act 1958
Feedback & supportPenalties for unlawful possession of corrosive or explosive substancesOfficial textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Akta ini bolehlah dinamakan Akta Bahan-Bahan Kakisan dan
Letupan dan Senjata Berbahaya 1958.
Akta ini hendaklah terpakai di seluruh Malaysia.
s 2Tafsiran
Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“bahan kakisan” ertinya mana-mana asid dan bahan yang dinyatakan dalam Jadual Pertama dan hendaklah disifatkan termasuk segala bahan yang apabila dikenakan pada tubuh manusia boleh menyebabkan kecederaan melalui tindakan kakisan;
“bahan letupan” hendaklah disifatkan termasuk apa-apa benda bagi membuat apa-apa bahan letupan dan apa-apa bom, bom tangan, radas, mesin, alat atau benda yang digunakan atau dimaksudkan untuk digunakan atau disesuaikan bagi menyebabkan atau membantu menyebabkan apa-apa letupan dalam atau dengan apa-apa bahan
6 Undang-Undang Malaysia AKTA 357
letupan dan mana-mana bahagian bom, bom tangan, radas, mesin, atau alat itu;
“cedera” ertinya cedera sebagaimana yang ditakrifkan dalam
Kanun Keseksaan [Akta 574];
“Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi keselamatan dalam negeri;
“senjata berbahaya” termasuklah apa-apa alat yang jika digunakan sebagai senjata berbahaya mungkin akan menyebabkan kecederaan;
“senjata terjadual” ertinya mana-mana senjata berbahaya yang dinyatakan dalam Jadual Kedua.
s 3Pemilikan bahan-bahan kakisan atau letupan bagi maksud menyebabkan kecederaan
Mana-mana orang yang membawa atau ada dalam miliknya atau di bawah kawalannya apa-apa bahan kakisan atau letupan dalam hal keadaan yang menimbulkan suatu anggapan yang munasabah bahawa dia berniat untuk menggunakan atau berniat untuk membolehkan seseorang yang lain menggunakan bahan itu bagi maksud menyebabkan kecederaan melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun dan disebat.
s 4Menggunakan bahan-bahan kakisan atau letupan atau senjata berbahaya
Mana-mana orang yang dengan menyalahi undang-undang dan dengan niat jahat menggunakan atau cuba menggunakan apa-apa bahan kakisan atau senjata berbahaya bagi maksud menyebabkan kecederaan, atau menyebabkan atau cuba menyebabkan dengan apa-apa bahan letupan suatu letupan daripada jenis yang mungkin boleh menyebabkan kecederaan, sama ada apa-apa kecederaan telah sebenarnya disebabkan atau tidak, melakukan suatu kesalahan dan
Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan dan
Senjata Berbahaya 7
boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tujuh tahun dan disebat.
s 5Berdampingan dengan orang yang membawa bahan-bahan kakisan atau letupan
Mana-mana orang yang berdampingan dengan atau didapati ada bersama-sama dengan seorang lain yang sedang membawa atau ada dalam miliknya atau di bawah kawalannya apa-apa bahan kakisan atau letupan yang melanggar seksyen 3, dalam hal keadaan yang menimbulkan anggapan yang munasabah bahawa dia telah mengetahui yang orang lain itu sedang membawa atau ada dalam miliknya atau di bawah kawalannya apa-apa bahan itu, melainkan jika dia membuktikan bahawa dia ada alasan yang munasabah bagi mempercayai yang orang lain itu membawa atau ada dalam miliknya atau di bawah kawalannya apa-apa bahan itu bagi maksud yang sah, melakukan suatu kesalahan dan boleh dikenakan hukuman yang sama seperti yang boleh dikenakan kepada orang yang didampinginya itu atau yang bersama-sama dengannya ketika dia ditemui.
Mana-mana orang yang membawa atau ada dalam miliknya atau di bawah kawalannya, di mana-mana jalan atau tempat awam, apa-apa senjata berbahaya selain dengan kebenaran yang sah atau bagi suatu maksud yang sah, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak kurang daripada lima tahun dan tidak lebih daripada sepuluh tahun, dan disebat.
Dalam mana-mana pendakwaan bagi sesuatu kesalahan di bawah subseksyen (1) beban membuktikan wujudnya suatu maksud yang sah hendaklah terletak ke atas tertuduh.
Suatu senjata hendaklah dianggap sebagai dibawa dengan kebenaran yang sah jika ia dibawa—
8 Undang-Undang Malaysia AKTA 357
oleh seorang anggota angkatan tentera Malaysia atau mana-mana angkatan tempatan atau pasukan polis atau mana-mana angkatan pelawat yang berada dengan sahnya di
Malaysia di bawah mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan angkatan pelawat, atau seseorang dalam perkhidmatan mana-mana Kerajaan atau pihak berkuasa tempatan di
Malaysia, dan dalam mana-mana hal itu ia dibawa atau berkaitan dengan pelaksanaan kewajipannya sebagai anggota atau orang sedemikian; atau
oleh mana-mana orang sebagai sebahagian daripada pakaian rasmi atau pakaian istiadatnya dalam mana-mana upacara rasmi atau istiadat.
Suatu kesalahan di bawah subseksyen (1) hendaklah disifatkan sebagai suatu kesalahan boleh tangkap dan tidak boleh jamin.
Mana-mana orang yang, melainkan bagi suatu maksud yang sah—
membawa atau ada dalam miliknya atau di bawah kawalannya;
membuat, menjual atau menyewa atau menawarkan atau mempamerkan untuk jualan atau sewaan; atau
meminjamkan atau memberikan kepada mana-mana orang lain, apa-apa senjata terjadual melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak kurang daripada lima tahun dan tidak lebih daripada sepuluh tahun.
Dalam mana-mana pendakwaan bagi sesuatu kesalahan di bawah subseksyen (1) beban membuktikan wujudnya suatu maksud yang sah hendaklah terletak ke atas tertuduh.
Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan dan
Senjata Berbahaya 9
Suatu kesalahan di bawah subseksyen (1) hendaklah disifatkan sebagai suatu kesalahan boleh tangkap dan tidak boleh jamin.
Mana-mana orang yang berdampingan dengan atau didapati ada bersama-sama dengan seorang lain yang sedang membawa atau ada dalam miliknya atau di bawah kawalannya apa-apa senjata berbahaya yang melanggar seksyen 6, melainkan jika dia membuktikan bahawa dia ada alasan yang munasabah bagi mempercayai yang orang lain itu membawa atau ada dalam miliknya atau di bawah kawalannya apa-apa senjata itu bagi maksud yang sah melakukan suatu kesalahan dan boleh dikenakan hukuman yang sama seperti yang boleh dikenakan kepada orang yang didampinginya itu atau yang bersama-sama dengannya ketika dia ditemui.
Suatu kesalahan terhadap seksyen ini hendaklah disifatkan sebagai suatu kesalahan boleh tangkap dan tidak boleh jamin.
Mana-mana pegawai polis boleh, tanpa waran dan dengan atau tanpa bantuan, menahan dan memeriksa mana-mana orang atau kenderaan yang dijumpai di mana-mana jalan atau tempat awam jika dia mempunyai alasan yang munasabah bagi mempercayai bahawa apa-apa keterangan mengenai pelakuan suatu kesalahan di bawah Akta ini mungkin akan didapati pada orang itu atau di dalam kenderaan itu, dan boleh melucutkan senjata mana-mana orang itu dan menyita apa-apa senjata berbahaya, artikel atau benda atau pengumpulannya yang boleh digunakan bagi menyebabkan kecederaan jika dia mempunyai alasan yang munasabah bagi mempercayai bahawa ia dimaksudkan atau mungkin dimaksudkan untuk digunakan dalam pelakuan suatu kesalahan di bawah Akta ini.
10 Undang-Undang Malaysia AKTA 357
Mana-mana pegawai polis yang berpangkat Inspektor atau berpangkat lebih tinggi boleh, tanpa waran dan dengan atau tanpa bantuan—
menahan dan memeriksa mana-mana orang atau kenderaan, sama ada di jalan awam atau di tempat awam atau tidak;
memasuki dan menggeledah mana-mana premis;
menaiki dan memeriksa mana-mana vesel, kenderaan atau pesawat udara yang bukannya, atau tidak mempunyai taraf, suatu vesel, kenderaan atau pesawat udara angkatan tentera laut, darat atau udara, jika dia mempunyai alasan yang munasabah bagi mempercayai bahawa apa-apa keterangan mengenai pelakuan atau persediaan bagi pelakuan suatu kesalahan di bawah Akta ini mungkin akan didapati pada orang atau premis itu atau dalam mana-mana vesel, kenderaan atau pesawat udara sedemikian dan boleh menyita mana-mana artikel atau benda atau pengumpulannya yang boleh digunakan bagi menyebabkan kecederaan jika dia mempunyai alasan yang munasabah bagi mempercayai bahawa ia dimaksudkan atau mungkin digunakan bagi maksud menyebabkan kecederaan, dan apa-apa keterangan yang didapati dan mana-mana vesel, kenderaan atau pesawat udara yang di dalamnya artikel, benda atau keterangan itu didapati.
Tiada seorang pun perempuan boleh diperiksa di bawah seksyen ini kecuali oleh seorang perempuan.
Tertakluk kepada subseksyen (2), peruntukan Kanun
Tatacara Jenayah [Akta 593] yang berhubungan dengan pelupusan harta yang menjadi subjek sesuatu kesalahan, hendaklah terpakai bagi apa-apa artikel yang berada dalam milikan seorang pegawai polis di bawah seksyen 9.
Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan dan
Senjata Berbahaya 11
Apa-apa bahan kakisan atau letupan atau senjata berbahaya yang berada dalam milikan seorang pegawai polis di bawah seksyen 9
boleh dilupuskan mengikut apa-apa cara yang diperintahkan oleh
Menteri.
Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh dikira sebagai menjejaskan apa-apa hak untuk menyimpan atau melupuskan harta yang mungkin wujud di sisi undang-undang selain peruntukan seksyen ini.
Jika apa-apa bahan kakisan atau letupan dijumpai di dalam atau di mana-mana premis, penghuni premis itu hendaklah disifatkan sebagai memiliki bahan itu melainkan jika dia boleh membuktikan bahawa seorang lain telah memilikinya, atau dia tidak mempunyai pengetahuan atau cara yang munasabah untuk mengetahui bahawa bahan itu telah berada di dalam atau di premis itu dan bahawa dia telah mengambil segala langkah pencegahan yang munasabah terhadap bahan itu yang disimpan di dalam atau di premis itu.
Dalam mana-mana pendakwaan di bawah seksyen 3 atau 5, ia hendaklah dianggap sehingga dibuktikan sebaliknya bahawa mana-mana bahan dimaksudkan untuk digunakan bagi menyebabkan kecederaan jika—
kuantiti bahan yang dijumpai melebihi kuantiti yang semunasabahnya dikehendaki disimpan oleh tertuduh bagi penggunaan dan pemakaian biasa di rumahnya atau bangunannya dan
(dalam hal seseorang yang menjalankan perniagaan)
melebihi kuantiti yang semunasabahnya dikehendaki disimpan dalam penjalanan biasa perniagaan itu;
bahan itu disimpan secara tersembunyi atau di suatu tempat selain tempat artikel itu mungkin semunasabahnya dijangka disimpan bagi kegunaan
12 Undang-Undang Malaysia AKTA 357
domestik atau dalam hal seseorang yang menjalankan perniagaan, bagi maksud perniagaan; atau
bahan itu disimpan dalam bekas selain bekas daripada jenis yang bahan itu biasanya disimpan bagi maksud domestik atau, dalam hal seseorang yang menjalankan perniagaan, bagi maksud perniagaan.
s 12Kuasa untuk meminda Jadual
Menteri boleh melalui perintah menambah atau meminda Jadual kepada Akta ini.