Skip to content
In forceUpdated to 1 Oct 2014Read it in English

6. Membawa senjata berbahaya di tempat awam

Feedback & support
(1)

Mana-mana orang yang membawa atau ada dalam miliknya atau di bawah kawalannya, di mana-mana jalan atau tempat awam, apa-apa senjata berbahaya selain dengan kebenaran yang sah atau bagi suatu maksud yang sah, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak kurang daripada lima tahun dan tidak lebih daripada sepuluh tahun, dan disebat.

(2)

Dalam mana-mana pendakwaan bagi sesuatu kesalahan di bawah subseksyen (1) beban membuktikan wujudnya suatu maksud yang sah hendaklah terletak ke atas tertuduh.

(3)

Suatu senjata hendaklah dianggap sebagai dibawa dengan kebenaran yang sah jika ia dibawa—

8 Undang-Undang Malaysia AKTA 357

(a)

oleh seorang anggota angkatan tentera Malaysia atau mana-mana angkatan tempatan atau pasukan polis atau mana-mana angkatan pelawat yang berada dengan sahnya di

Malaysia di bawah mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan angkatan pelawat, atau seseorang dalam perkhidmatan mana-mana Kerajaan atau pihak berkuasa tempatan di

Malaysia, dan dalam mana-mana hal itu ia dibawa atau berkaitan dengan pelaksanaan kewajipannya sebagai anggota atau orang sedemikian; atau

(b)

oleh mana-mana orang sebagai sebahagian daripada pakaian rasmi atau pakaian istiadatnya dalam mana-mana upacara rasmi atau istiadat.

(4)

Suatu kesalahan di bawah subseksyen (1) hendaklah disifatkan sebagai suatu kesalahan boleh tangkap dan tidak boleh jamin.

Report