Seksyen 113
Seksyen 113
Mana-mana orang yang mendarat, atau hampir akan mendarat, atau setelah baru sahaja mendarat, dari mana-mana vesel atau pesawat udara, atau meninggalkan mana-mana vesel atau pesawat udara dalam perairan wilayah, sama ada bagi maksud mendarat atau selainnya, atau memasuki atau setelah baru sahaja memasuki Malaysia melalui jalan atau keretapi hendaklah, apabila diminta oleh mana-mana pegawai kastam yang hak sama ada mem-benarkan dirinya, barang-barang dan bagasinya diperiksa oleh pegawai itu, atau bersama-sama
[Bah, XII, §, 113-114]
KASTAM 87
parang-barang dan bagasi itu pergi bersama-sama pegawai itu ke suatu pejabat kastam atau balai polis dan di sana membenarkan dirinya, barang-barang dan bagasinya diperiksa oleh seorang pegawai kastam:
Dengan syarat bahawa—
(a)
mana-mana orang yang meminta supaya dirinya diperiksa di hadapan seorang pegawai kanan kastam tidak boleh diperiksa kecuali di hadapan dan di bawah penyeliaan pegawai itu, tetapi orang itu boleh ditahan sehingga ketibaan pegawai itu, atau dibawa ke mana-mana pejabat kastam atau balai polis di mana pegawai itu berada;
(b)
barang-barang dan bagasi mana-mana orang yang meminta untuk hadir apabila barang-barang dan bagasinya diperiksa dan meng-hadirkan dirinya dalam masa yang munasabah tidak boleh diperiksa kecuali dengan kehadirannya;
(c)
tiada seorang perempuan pun boleh diperiksa kecuali oleh seorang perempuan.
114, (1) Semua barang-barang yang berkenaan dengannya telah terdapat, atau terdapat, sebab munasabah untuk mengesyaki bahawa telah dilakukan apa-apa kesalahan terhadap Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawalinya, atau apa-apa pelanggaran mana-mana peruntukan Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya atau apa-apa sekatan atau syarat yang tertakluk kepada atau ke atasnya apa-apa lesen atau permit telah diberi, bersama-sama dengan apa-apa bekas, bungkusan, kenderaan, vesel yang tidak melebihi dua ratus tanan bersih berdaftar, atau pesawat udara selain daripada pesawat udara yang digunakan dalam pengangkutan antarabangsa, yang mana di dalamnya barang-barang itu mungkin dijumpai atau yang telah digunakan berhubungan dengan kesalahan atau pelanggaran itu, dan apa-apa buku atau dokumen yang dengan munasabah dipercayai sebagai mempunyai kaitan terhadap kes itu, boleh disita oleh mana-mana pegawai kastam dalam mana-mana tempat sama ada di darat atau dalam perairan wilayah.
Penyitaan barang-barang yang menjadi subjek kesalahan.
[Bah, XII, S. 114-115]
Pemulangan atau pelupusan harta alih.
[Gan. Akta
A313.)
[Pin.
Akta A783.)
88 Ata 235
(2)
Semua barang-barang dan bekas, bungkusan, kenderaan, vesel atau pesawat udara itu hendaklah, dengan secepat mungkin yang sesuai, diserahkan ke dalam jagaan seorang pegawai kastam yang hak yang tugasnya adalah untuk menerimanya.
(3)
Apabila apa-apa barang-barang kenderaan, vesel atau pesawat udara disita di bawah Akta ini, pegawai yang menyita hendaklah dengan serta-merta memberi notis bertulis tentang penyitaan itu dan alasan tentang penyitaan itu kepada pemunya barang-barang itu, jika diketahui, sama ada dengan menyerahkan notis itu kepadanya dengan sendiri atau melalui pos di tempat kediamannya, jika diketahui:
Dengan syarat bahawa notis itu adalah tidak dikehendaki untuk diberi di mana penyitaan dibuat ke atas orang itu, atau di hadapan pesalah atau pemunya atau ejennya, atau dalam hal sesuatu vesel atau pesawat udara, di hadapan nakhoda atau pilotnya, mengikut mana-mana yang berkenaan.
(4)
Seksyen ini yang berhubungan dengan penyitaan barang-barang adalah terpakai bagi semua kandungan apa-apa bungkusan atau bekas yang di dalamnya barang-barang itu dijumpai dan kepada apa-apa artikel yang digunakan untuk menyembunyikan barang-barang itu.
(5)
Seksyen ini yang berhubungan dengan penyitaan mana-mana vesel atau pesawat udara adalah terpakai juga bagi takal, kelengkapan dan perkakas vesel atau pesawat udara itu.
(6)
Seksyen ini yang berhubungan dengan penyitaan kenderaan adalah terpakai bagi semua kelengkapannya dan kepada mana-mana binatang yang menarik kenderaan itu.