Skip to content

Seksyen 115

of Akta Kastam 1967

ActIn forceProvision 93 of 138

Seksyen 115

(1)

Jika mana-mana harta alih telah disita di bawah Akta ini, seorang pegawai kanan kastam boleh, menurut budi bicaranya—

(a)

memulangkan harta alih itu secara sementara kepada pemunyanya atau kepada orang yang daripada milik, jagaan atau kawalannya ia

(Bah, XII, S, 115]

KASTAM 89

disita, atau kepada mana-mana orang yang dianggap oleh pegawai kanan kastam sebagai berhak terhadap harta alih itu, tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat yang dikenakan oleh seorang pegawai kanan kastam, dan tertakluk, dalam apa-apa hal, kepada pemberian cagaran yang mencukupi dengan memuaskan hati seorang pegawai kanan kastam bahawa harta alih itu akan diserahkan kepada seorang pegawai kanan kastam apabila diminta oleh seorang pegawai kanan kastam dan bahawa terma dan syarat tersebut, jika ada, hendaklah dipatuhi; atau

(b)

memulangkan harta alih itu kepada pemunyanya atau kepada orang yang daripada milikan, jagaan, atau kawalannya ia disita, atau kepada mana-mana orang yang dianggap oleh pegawai kanan kastam sebagai berhak terhadap harta alih itu, dengan kebebasan bagi orang yang kepadanya harta alih itu dipulangkan untuk melupuskannya, pemulangan itu tertakluk kepada pemberian cagaran dengan memuaskan hati seorang pegawai kanan kastam dalam amaun tidak kurang daripada suatu amaun yang, pada pendapat seorang pegawai kanan kastam itu, menunjukkan—

(i)

nilai pasaran terbuka harta itu pada tarikh ia dipulangkan;

(ii)

duti kastam yang kena dibayar berkenaan dengannya; dan

(iii)

apa-apa cukai yang dibayar berkenaan dengannya di bawah mana-mana undang-undang bertulis, bagi pembayaran amaun yang dicagarkan itu kepada Ketua Pengarah sekiranya mahkamah membuat suatu perintah bagi melucuthak amaun itu di bawah seksyen 127 (1A) atau 128

(4)

; atau

[Bah. XU, S. 115]

90) AKTA 235

(c)

menjual atau memusnahkan harta alih itu, mengikut mana-mana yang sesuai dalam hal keadaan itu, jika ia suatu benda hidup atau jika, pada pendapat seorang pegawai kanan kastam, ia daripada jenis yang mudah musnah atau merbahaya atau mungkin merosot dengan cepat dari segi kualiti atau nilai, dan jika ia dijual sedemikian, dia hendaklah memegang hasil jualan itu untuk mematuhi keputusan apa-apa pendakwaan atau tuntutan.

(2)

Mana-mana orang yang—

(a)

gagal untuk menyerahkan kepada pegawai kanan kastam apabila diminta harta alih yang dipulangkan kepadanya secara sementara di bawah subseksyen (1) (a); atau

(b)

gagal untuk mematuhi atau melanggar apa-apa terma atau syarat yang dikenakan di bawah subseksyen (1) (a), adalah melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau kedua-duanya.

(3)

Liabiliti jenayah mana-mana orang di bawah subseksyen (2) adalah sebagai tambahan kepada apa-apa liabiliti lain yang orang tersebut atau mana-mana orang lain boleh menanggung di bawah terma dan syarat yang berhubungan dengan pemulangan harta alih itu di bawah subseksyen (1) (a).

(4)

Peruntukan-peruntukan subseksyen (2) tidak terpakai bagi mana-mana orang, jika ada, yang menjadi penggerenti atau penjamin kepada orang yang kepadanya harta itu dipulangkan di bawah subseksyen

(1)

(a)

.

(5)

Menteri boleh, dari semasa ke semasa, sama ada secara am atau dalam mana-mana hal tertentu atau kelas hal, memberi apa-apa arahan kepada Ketua

Pengarah sebagaimana yang disifatkannya perlu atau

(Bah, XII, S. 115-115]

KASTAM 9|

qustahak berkenaan dengan penggunaan kuasa yang diberi kepada seorang pegawai kanan kastam di bawah subseksyen (1).

(6)

Tiada seorang pun berhak mengambil apa-apa tindakan atas sebab apa-apa perbuatan yang dilakukan atau apa-apa keputusan dibuat oleh atau bagi pihak Menteri atau oleh atau bagi pihak seorang pegawai kanan kastam di bawah seksyen ini, dan tiada suatu mahkamah pun mempunyai apa-apa bidang kuasa untuk mendengar mana-manatindakan sedemikian.

(7)

Bagi maksud seksyen ini “harta alih”

termasuklah apa-apa perihalan apa jua harta alih yang disita di bawah Akta ini.

1154, (1) Dalam mana-mana prosiding berkenaan Mengemuka-dengan sesuatu kesalahan terhadap Akta ini atau hea mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya yang beorsoe mana kewujudan, perihalan, pengkelasan, komposisi, juruanalisis, kuantiti, kualiti atau nilai, atau apa-apa perkara lain tan ea, yang berhubungan dengan mana-mana harta alih yang tau seseorang dipulangkan di bawah perenggan (a) atau (b) fintoun subseksyen (1) seksyen 115 atau dijual atau Menteri dimusnahkan di bawah perenggan (c) subseksyen hi} hal tersebut, menjadi persoalan, apa-apa dokumen yang , dikemukakan oleh pendakwaan berupa sebagai suatu perakuan berkenaan dengan apa-apaperkara sedemikian diberi dan ditandatangani oleh—

(a)

seorang ‘“‘juruanalisis” dalam erti seksyen 121

(5)

; atau

(b)

seorang pegawai kanan kastam; atau

(c)

mana-mana orang, tidak kira sama ada dia adalah seorang pegawai awam, yang diberi-kuasa oleh atau bagi pihak Menteri, sama ada secara am atau dalam apa-apa hal tertentu, bagi maksud seksyen ini, hendaklah boleh diterima sebagai keterangan dan kemuktamadan keterangan itu tidak boleh dicabar atas alasan bahawa harta alih yang berkenaan dengannya perakuan itu diberi belum dikemukakan di mahkamah

[Bah, XII, S. 115a-116]

Kuasa tangkapan.

92 AKTA 235

sama ada sebahagiannya atau keseluruhannya, dan ia hendaklah menjadi keterangan tentang kandungannya, termasuklah fakta yang dinyatakan di dalamnya, tanpa membuktikan tandatangan di perakuan itu.

(2)

Peruntukan-peruntukan seksyen ini adalah terpakai walau apa pun apa-apa jua yang terkandung dalam mana-mana undang-undang bertulis atau kaedah keterangan lain yang memperuntukkan sebaliknya.