Act of Parliament · Updated to 1 Nov 2021
Akta Penyerahan Bahan Perpustakaan 1986
Feedback & supportKeeping and using library material published in the countryOfficial textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
s 1Tajuk ringkas
Akta ini boleh dinamakan Akta Penyerahan Bahan Perpustakaan 1986.
s 2Tafsiran
Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“bahan perpustakaan” ertinya apa-apa bentuk cetakan, grafik, audio, elektronik atau media lain, di atas atau di mana maklumat ditulis, direkod, disimpan, dipamer atau dikeluar dan dikategorikan bagi maksud Akta ini ke dalam—
6 Undang-Undang Malaysia AKTA 331
bahan perpustakaan yang bercetak termasuk buku, terbitan bersiri, peta, carta dan poster;
bahan perpustakaan yang tidak bercetak termasuk filem sinematograf, mikroform, piring hitam, rakaman video dan audio dan media elektronik yang lain;
“bercetak” ertinya apa-apa gambaran aksara di atas mana-mana bahan melalui apa-apa cara teraan mekanik;
“diterbitkan” ertinya bahan yang telah dikeluarkan dan disediakan kepada orang awam yang kepada sesiapa ia boleh dijual atau diedar secara percuma dan bagi maksud seksyen 4, “diterbitkan” hendaklah termasuk—
keluaran terbitan daripada mana-mana edisi kedua atau edisi terkemudian bagi bahan perpustakaan jika edisi itu mengandungi tambahan atau perubahan kepada kandungan asal bahan itu; dan
keluaran terbitan yang terkemudian bagi bahan tersebut dalam bentuk atau format lain;
“ditetapkan” ertinya ditetapkan oleh peraturan-peraturan yang dibuat di bawah peruntukan Akta ini;
“Ketua Pengarah” ertinya Ketua Pengarah Perpustakaan Negara yang dilantik di bawah Akta Perpustakaan Negara 1972 [Akta 80];
“Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi perpustakaan;
“pemuliharaan” ertinya pelbagai langkah yang diambil untuk perlindungan, pemeliharaan dan pembaikan yang perlu bagi bahan perpustakaan dan untuk penyelenggaraannya di bawah keadaan yang dimaksudkan bagi mengelakkan dan menghalang kerosakan nilai fizikalnya.
Penyerahan Bahan Perpustakaan 7
Bagi maksud Akta ini, adalah dengan ini ditubuhkan sebuah
Pusat Penyerahan Negara yang adalah Perpustakaan Negara Malaysia dan yang akan mempunyai tujuan yang berikut:
untuk menyediakan bagi pemuliharaan dan penggunaan bahan perpustakaan yang diterbitkan di Malaysia;
untuk mewujudkan rekod bibliografi yang standard bagi bahan perpustakaan yang diterbitkan di Malaysia; dan
untuk menyelenggarakan rekod statistik bahan perpustakaan yang diterbitkan di Malaysia.
Ketua Pengarah hendaklah menjadi ketua eksekutif Pusat
Penyerahan Negara.
Tertakluk pada seksyen 7, penerbit bagi tiap-tiap bahan perpustakaan bercetak yang diterbitkan di Malaysia hendaklah, dalam masa satu bulan dari penerbitan, menyerahkan kepada Ketua
Pengarah, atas perbelanjaannya sendiri, beberapa naskhah bahan perpustakaan sebagaimana yang ditetapkan dalam Jadual 1, naskhah terbaik bahan perpustakaan sebagaimana yang ditetapkan dalam
Jadual 2 dan Ketua Pengarah akan memberi pengakuan secara bertulis bagi tiap-tiap bahan perpustakaan yang diterima olehnya, dengan syarat bahawa bagi bahan perpustakaan yang diterbitkan secara bersiri, tetap atau tidak tetap, ia hendaklah diserahkan dalam masa satu minggu dari penerbitan.
Penerbit bagi tiap-tiap bahan perpustakaan yang tidak bercetak hendaklah juga menyerahkan kepada Ketua Pengarah beberapa naskhah bahan perpustakaan sebagaimana yang ditetapkan dalam Jadual 1, naskhah terbaik bahan perpustakaan sebagaimana yang ditetapkan dalam Jadual 2, jika permintaan bertulis dibuat bagi bahan perpustakaan tersebut dalam masa satu tahun dari penerbitannya, dengan syarat bahawa Ketua Pengarah hendaklah
8 Undang-Undang Malaysia AKTA 331
membayar kos bahan perpustakaan yang diserahkan sedemikian jika pembayaran diminta oleh penerbit.
Penerbit yang gagal menyerahkan mana-mana bahan perpustakaan yang dia dikehendaki menyerahkan di bawah seksyen ini adalah melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh dikenakan denda tidak melebihi tiga ribu ringgit.
Apabila sabitan dibuat di bawah subseksyen (3), mahkamah hendaklah juga membuat perintah bahawa penerbit itu menyerahkan bahan perpustakaan yang dia gagal menyerahkan, jika bahan perpustakaan itu masih boleh didapati dalam bentuk asalnya atau dalam bentuk keluaran ulangan jika bahan tersebut tidak lagi boleh didapati dalam bentuk asalnya.
Tanpa menjejaskan peruntukan subseksyen (4), penerbit yang gagal menyerahkan mana-mana bahan perpustakaan yang dia dikehendaki untuk serahkan di bawah seksyen ini, hendaklah membayar kepada Ketua Pengarah, apabila dituntut, kos yang ditanggung oleh Ketua Pengarah bagi membuat keluaran ulangan bahan perpustakaan tersebut.
Apa-apa kos yang dikehendaki dibayar kepada Ketua
Pengarah di bawah seksyen ini akan menjadi hutang yang kena dibayar kepada Kerajaan dan akan didapati semula dengan apa jua jalan dan cara yang sedang berkuat kuasa pada masa itu bagi mendapatkan semula hutang yang kena dibayar kepada Kerajaan.
s 5Pemuliharaan, pendaftaran bahan perpustakaan, bibliografi Negara dan rekod statistik
Berhubung dengan bahan perpustakaan yang diserah di bawah subseksyen 4(1) dan (2), Ketua Pengarah hendaklah mempunyai fungsi berikut:
Penyerahan Bahan Perpustakaan 9
untuk menyediakan bagi pemuliharaan dan penggunaan bahan perpustakaan;
untuk menyelenggarakan suatu daftar yang mengandungi butir-butir bahan perpustakaan;
untuk menerbitkan bibliografi Negara pada kekerapan yang ditetapkan yang mengandungi butir-butir bahan perpustakaan itu sebagaimana yang difikirkan patut oleh
Ketua Pengarah;
untuk menyelenggarakan rekod statistik bahan perpustakaan; dan
untuk melaksanakan apa-apa fungsi lain yang perlu untuk memberi kesan kepada tujuan seksyen 3.
s 6Pelupusan bahan perpustakaan
Ketua Pengarah boleh membenarkan pelupusan apa-apa bahan perpustakaan yang diserahkan kepadanya di bawah peruntukan Akta ini, dengan syarat bahawa di mana-mana praktik satu naskhah bahan perpustakaan itu telah dipulihara dalam bentuk asal atau bentuk lain.
s 7Pembayaran bagi bahan perpustakaan bercetak
Ketua Pengarah boleh, jika dia fikirkan patut, membayar kepada penerbit bahan perpustakaan bercetak mengikut apa-apa skala pembayaran sebagaimana yang ditetapkan oleh Menteri dengan persetujuan Menteri Kewangan.
s 8Perkiraan dengan jabatan atau agensi Kerajaan
Ketua Pengarah boleh membuat perkiraan dengan mana-mana jabatan atau agensi Kerajaan bagi menjalankan dengan lebih baik mana-mana fungsinya di bawah Akta ini.
10 Undang-Undang Malaysia AKTA 331
s 9Obligasi sebagai tambahan kepada obligasi di bawah undang-undang lain
Obligasi yang dipertanggungkan kepada penerbit di bawah Akta ini hendaklah sebagai tambahan dan bukan gantian bagi mana-mana obligasi lain berkaitan dengan penyerahan bahan perpustakaan yang diterbitkan di Malaysia kepada mana-mana institusi lain di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain yang berkuat kuasa pada masa ini.
s 10Peraturan-peraturan
Menteri boleh—
membuat peraturan-peraturan bagi menjalankan tujuan
Akta ini;
menetapkan apa-apa perkara yang perlu ditetapkan di bawah Akta ini; dan
meminda, memotong atau menambah kepada Jadual Akta ini melalui perintah yang disiarkan di dalam Warta.
s 11Pemansuhan
Akta Pemeliharaan Buku-Buku 1966 [Akta 35 tahun 1966]
adalah dengan ini dimansuhkan.
_____________
Penyerahan Bahan Perpustakaan 11