5. Pemuliharaan, pendaftaran bahan perpustakaan, bibliografi Negara dan rekod statistik
Feedback & supportBerhubung dengan bahan perpustakaan yang diserah di bawah subseksyen 4(1) dan (2), Ketua Pengarah hendaklah mempunyai fungsi berikut:
Penyerahan Bahan Perpustakaan 9
(a)
untuk menyediakan bagi pemuliharaan dan penggunaan bahan perpustakaan;
(b)
untuk menyelenggarakan suatu daftar yang mengandungi butir-butir bahan perpustakaan;
(c)
untuk menerbitkan bibliografi Negara pada kekerapan yang ditetapkan yang mengandungi butir-butir bahan perpustakaan itu sebagaimana yang difikirkan patut oleh
Ketua Pengarah;
(d)
untuk menyelenggarakan rekod statistik bahan perpustakaan; dan
(e)
untuk melaksanakan apa-apa fungsi lain yang perlu untuk memberi kesan kepada tujuan seksyen 3.