Skip to content
ActIn force

Akta Orang-Orang Papa 1977

The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.

Enacted
1977
Sections
15
Languages
MS · EN

Akta Orang-Orang Papa 1977 is Malaysia Act, cited as Act 183 1977, currently marked in force and first recorded in 1977.

Front matterCover and publication detailsOpen

MALAYSIA

CETAKAN SEMULA

Akta 183

AKTA ORANG-ORANG

PAPA 1977

Mengandungi segala pindaan hingga 1 Januari 2006 2006

Undang-Undang Malaysia

AKTA 183 2

Tarikh Perkenan Diraja

… … … ... ...

3 Mac 1977

Tarikh penyiaran dalam Warta

... ... …

10 Mac 1977

CETAKAN SEMULA YANG TERDAHULU

Cetakan Semula Yang Pertama

…

…

…

…

2001

Orang-Orang Papa 3

Akta 183

Opening note

Preamble

  1. Suatu Akta untuk mengadakan peruntukan bagi menjaga dan memulihkan orang papa dan bagi mengawal kutu rayau. [Semenanjung Malaysia—15 November 1977, P.U. (B) 678/1977; Sarawak—27 Januari 1995, P.U. (B) 33/1995] DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti berikut: Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa
(1)

Akta ini bolehlah dinamakan Akta Orang-Orang Papa 1977

dan hendaklah terpakai bagi seluruh Malaysia.

(2)

Akta ini hendaklah mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahu dalam Warta dan tarikh yang berlainan boleh ditetapkan bagi Negeri yang berlainan dalam Malaysia, dan bagi peruntukan yang berlainan dalam Akta ini.

Tafsiran

Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

“Ketua Pengarah” ertinya Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat, dan termasuklah seseorang Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri dan Pengarah Kebajikan Masyarakat, Wilayah Persekutuan;

“mengemis” ertinya apa-apa kelakuan yang dikira akan mendorong pemberian sedekah, sama ada atau tidak terdapat apa-apa perbuatan

Undang-Undang Malaysia

AKTA 183 6

pura-pura menyanyi, bermain, berlakon, menawarkan sesuatu untuk jualan atau selainnya;

“Menteri” ertinya Menteri yang bertanggungjawab bagi perkhidmatan kebajikan;

“orang papa” ertinya—

(a)

seseorang yang didapati mengemis di sesuatu tempat awam dengan sebegitu cara hingga menyebabkan atau mungkin menyebabkan kegusaran kepada orang yang lazim mengunjungi tempat itu atau pun hingga menimbulkan kacau ganggu; atau

(b)

seseorang peleser yang dijumpai di sesuatu tempat awam, sama ada atau tidak dia mengemis, yang tidak mempunyai mata pencarian pada zahirnya atau tempat tinggal atau yang tidak dapat menyatakan hal dirinya dengan memuaskan;

“Penguasa” ertinya seseorang yang mengurus atau mengawal sesuatu rumah kebajikan;

“rumah kebajikan” ertinya sesuatu institusi, atau sebahagian daripadanya, yang ditubuhkan di bawah Akta ini untuk menerima, menjaga dan memulihkan orang papa.

Kuasa bagi menghendaki seseorang orang papa tinggal di rumah kebajikan

(1)

Mana-mana pegawai yang diberi kuasa dengan sewajarnya secara bertulis oleh sesuatu pihak berkuasa tempatan dan yang bertindak di bawah arahan Ketua Pengarah atau mana-mana pegawai kebajikan masyarakat boleh mengambil ke dalam jagaannya mana-mana orang papa dan mengemukakan orang itu ke hadapan seseorang

Majistret dalam tempoh dua puluh empat jam:

Dengan syarat bahawa jika orang papa itu tidak mahu diambil atau memberikan apa-apa tentangan kepada pegawai yang disebut dalam subseksyen ini, pegawai itu boleh meminta mana-mana pegawai polis untuk membantu menjalankan kuasanya, dan menjadi kewajipan tiap-tiap pegawai polis untuk mematuhi permintaan itu.

Orang-Orang Papa 7

(2)

Jika Majistret itu mempunyai sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa seseorang yang dibawa ke hadapannya itu ialah orang papa, dia boleh memerintahkan supaya orang itu dimasukkan sementara ke dalam suatu rumah kebajikan sementara menunggu suatu laporan oleh pegawai kebajikan masyarakat.

(3)

Laporan itu hendaklah disiapkan dalam tempoh satu bulan dari tarikh orang itu dimasukkan ke dalam suatu rumah kebajikan.

(4)

Seseorang Majistret dalam Kamar jika berpuas hati daripada suatu laporan yang diberikan oleh seseorang pegawai kebajikan masyarakat bahawa orang itu seorang orang papa, boleh dengan waran yang ditandatangani sendiri olehnya memerintahkan supaya orang itu tinggal dalam suatu rumah kebajikan selama tempoh yang tidak boleh melebihi tiga tahun:

Dengan syarat bahawa seseorang Majistret dalam Kamar boleh, jika berpuas hati daripada suatu laporan yang diberikan oleh seseorang pegawai kebajikan masyarakat, melanjutkan Perintah itu selama suatu tempoh selanjutnya yang difikirkannya patut dan tempoh itu tidak boleh melebihi tiga tahun.

(5)

Penguasa rumah kebajikan itu hendaklah menjaga orang papa yang telah dimasukkan sementara atau yang telah diperintahkan supaya tinggal dalam suatu rumah kebajikan.

(6)

Seksyen ini tidak terpakai bagi seseorang yang berumur di bawah lapan belas tahun.

Masuk secara sukarela ke rumah kebajikan

Mana-mana orang papa yang secara sukarela meminta supaya dimasukkan ke suatu rumah kebajikan dikehendaki mengaku janji bahawa, jika diterima masuk, dia akan patuh kepada syarat masuk yang dikenakan di bawah Akta ini atau kepada apa-apa kaedah yang dibuat di bawahnya.

Menteri boleh menubuhkan rumah kebajikan

(1)

Menteri boleh, melalui pemberitahuan dalam Warta, menubuhkan rumah kebajikan di mana-mana tempat yang difikirkannya patut.

Undang-Undang Malaysia

AKTA 183 8

(2)

Menteri boleh melantik penguasa bagi mengurus rumah kebajikan.

Lembaga Pelawat

Menteri boleh melantik suatu Lembaga Pelawat bagi tiap-tiap rumah kebajikan untuk melaksanakan kewajipan dan fungsi sebagaimana yang boleh ditetapkan oleh Menteri melalui kaedah-kaedah dan untuk memberikan nasihat dan membuat syor kepada

Ketua Pengarah mengenai apa-apa perkara yang dirujukkan kepadanya oleh Ketua Pengarah.

Kaedah-kaedah bagi mengurus rumah kebajikan

Menteri boleh membuat kaedah-kaedah—

(a)

bagi mengawal selia pengurusan rumah-rumah kebajikan dan penerimaan masuk orang ke dalamnya dan bagi menjaga, mengawal, mendisiplinkan dan memulihkan orang yang tinggal di dalamnya;

(b)

bagi menetapkan penubuhan dan fungsi Lembaga Pelawat;

dan

Dilepaskan dari rumah-rumah kebajikan

(1)

Mana-mana orang yang diterima masuk ke sesuatu rumah kebajikan, sama ada atas permohonannya sendiri atau selainnya, boleh dilepaskan oleh Penguasa—

(a)

jika ia berpuas hati bahawa penghuni itu telah mendapat pekerjaan yang sesuai untuk menyenggara dirinya; atau

(b)

kepada jagaan seseorang yang mahu dan berkebolehan menjaga dan menanggung penghuni itu dengan sepatutnya.

Orang yang tinggal di rumah kebajikan boleh dikehendaki mengambil bahagian dalam aktiviti yang sesuai 9.

Mana-mana orang yang tinggal di sesuatu rumah kebajikan boleh dikehendaki mengambil bahagian dalam apa-apa aktiviti yang sesuai, sama ada dengan tujuan untuk melayakkan dia untuk

Orang-Orang Papa 9

pekerjaan di luar rumah kebajikan itu atau dengan tujuan untuk membolehkan dia memberikan sumbangan kepada penyenggaraannya dalam rumah kebajikan itu.

Orang yang tinggal di rumah kebajikan boleh dihantar ke hospital

Mana-mana orang yang tinggal di sesuatu rumah kebajikan boleh dihantar ke sesuatu hospital atau institusi perubatan lain untuk dirawat, jika diarahkan sedemikian oleh pegawai perubatan, dan hendaklah disifatkan semasa menerima rawatan itu sebagai seorang penghuni rumah kebajikan itu.

Penalti

Mana-mana orang yang—

(a)

tidak mahu diambil, atau yang memberikan apa-apa tentangan kepada pengambilannya, ke dalam jagaan seseorang pegawai yang diberi kuasa dengan sewajarnya secara bertulis oleh sesuatu pihak berkuasa tempatan dan yang bertindak di bawah arahan Ketua Pengarah atau seseorang pegawai kebajikan masyarakat di bawah Akta ini;

(b)

lari dari seseorang pegawai yang diberi kuasa dengan sewajarnya secara bertulis oleh sesuatu pihak berkuasa tempatan dan yang bertindak di bawah arahan Ketua

Pengarah atau seseorang pegawai kebajikan masyarakat semasa diletakkan dalam jagaannya di bawah Akta ini;

(c)

tanpa kebenaran Penguasa meninggalkan rumah kebajikan tempat dia dikehendaki tinggal di bawah seksyen 3 atau tempat dia telah diterima masuk atas permohonannya sendiri di bawah seksyen 4; atau

(d)

setelah dibenarkan meninggalkan sesuatu rumah kebajikan bagi sesuatu masa yang ditentukan tidak kembali tanpa sebab yang munasabah apabila tamat masa yang ditentukan itu, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dihantar ke suatu rumah kebajikan atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi tiga bulan.

Undang-Undang Malaysia

AKTA 183 10

Menangkap orang papa yang lari

Seseorang pegawai polis boleh menangkap tanpa waran mana-mana orang yang dipercayainya dengan munasabah telah melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen 11.

Memendekkan tempoh tinggal

Menteri boleh memendekkan tempoh tinggal dan melepaskan mana-mana orang dari rumah kebajikan jika Menteri berpuas hati bahawa adalah adil dan patut berbuat demikian kerana sebab istimewa mengenai kebajikan orang itu.

Peruntukan peralihan

Apabila Akta ini mula berkuat kuasa, semua orang yang tinggal di Pusat yang ditubuhkan di bawah Akta Kutu Rayau 1965

hendaklah terus tinggal di rumah kebajikan.

Penyeliaan setelah dilepaskan

Jika seseorang itu dilepaskan dari rumah kebajikan di bawah mana-mana peruntukan Akta ini, dia hendaklah diletakkan di bawah penyeliaan seorang pegawai kebajikan masyarakat selama tempoh tidak melebihi satu tahun.

Orang-Orang Papa 11

Akta 183

SENARAI PINDAAN

Undang-undang

Tajuk ringkas

Berkuat kuasa yang meminda dari

Akta A404

Akta Orang-Orang Papa (Pindaan)

15-11-1977 1977

Akta A638

Akta Orang-Orang Papa (Pindaan)

01-01-1986 1985

Undang-Undang Malaysia

AKTA 183 12

Akta 183

SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA

Seksyen

Kuasa meminda

Berkuat kuasa dari 3

Akta A404 15-11-1977

Akta A638 01-01-1986 11

Akta A404 15-11-1977 13

Akta A638 01-01-1986 16

Akta A638 01-01-1986

Common questions

What is Akta Orang-Orang Papa 1977?
Akta Orang-Orang Papa 1977 is Malaysia Act, cited as Act 183 1977, currently marked in force and first recorded in 1977.
Is Akta Orang-Orang Papa 1977 still in force?
Yes — Akta Orang-Orang Papa 1977 is currently in force.
When did Akta Orang-Orang Papa 1977 take effect?
Akta Orang-Orang Papa 1977 was first recorded in 1977.
How many sections does Akta Orang-Orang Papa 1977 have?
Akta Orang-Orang Papa 1977 contains 15 sections.
Where can I read the official version of Akta Orang-Orang Papa 1977?
The official text of Akta Orang-Orang Papa 1977 is published at lom.agc.gov.my.

Something wrong on this page?

If one provision's text doesn't match the official source, use Suggest a fix beside that provision — it opens an editor next to the source document. For anything else — a missing amendment, a broken link, out-of-date content, or a removal request — report it here.